Kematian Adib: Waytha Moorty dipercayai nyah aktif akaun Facebook - pakdin.my

Mungkin tidak tahan dihentam netizen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorty didapati telah menyahaktifkan akaun Facebook beliau, hari ini.

Sebelum itu, Waytha Moorty dikesan menukar gambar profil beliau kepada gambar Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang dilaporkan meninggal dunia, malam semalam.

Tindakan itu tidak disenangi para netizen dengan ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan komen Facebook Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. .

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia sebentar tadi mendapati akaun Facebook Waytha Moorty tidak dapat dikesan dan berkemungkinan besar telah dinyah aktif.

…..
Berita sebelum:

Facebook P. Waytha Moorthy menjadikan foto Allahyarham Muhammad Adib sebagai gambar profil.

…..
Kematian Adib: Waytha Moorthy jadi sasaran kemarahan warganet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menjadi sasaran kemarahan warganet berikutan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Media sosial sejak malam tadi turut dipenuhi desakan agar menteri yang ditugaskan menjaga perpaduan itu meletakkan jawatan.

Warganet yang meluahkan rasa kesedihan atas pemergian Muhammad Adib yang cedera parah akibat dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu mendakwa, Waytha Moorthy turut bertanggungjawab atas keganasan yang berlaku terhadap Muhammad Adib.

Warganet mendakwa tindakan Waytha Moorthy menyalahkan polis lambat bertindak dalam menangani insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights pada 26 November lalu menjadi antara faktor kemarahan perusuh.

Waytha Moorthy yang menjadikan foto Muhammad Adib sebagai gambar profile di Facebook beliau turut didesak untuk menurunkan gambar tersebut.

….

Rujukan:

https://pakdin.my/tag/wytha-moorthy

https://pakdin.my/tag/v-ganabatirau

https://pakdin.my/tag/muhammad-adib

https://pakdin.my/tag/kuil-seafield

UTAMABERITAKematian Adib: Waytha Moorty dipercayai nyah aktif akaun Facebook

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium