Belum ada tempat untuk Anwar, tiada menteri yang mahu letak jawatan kata Mahathir - pakdin.my

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad membayangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet apabila beliau membuat perubahan kecil dalam portfolio jemaah menteri tidak lama lagi.

Perdana Menteri memberitahu, tidak akan ada pelantikan menteri baharu melainkan terdapat anggota Kabinet yang meletakkan jawatan.

“Kita tidak bincang perubahan atau pertambahan anggota Kabinet, memandangkan tiada yang mahu meletakkan jawatan. Buat masa ini tiada tiada kekosongan, jika ada kita akan cari calon yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ditanya sama ada Kabinet ada membincangkan lebih lanjut mengenai pertukaran portfolio menteri dan usaha membawa masuk Anwar ke dalam Kabinet.

Minggu lalu, Dr. Mahathir menegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet, sebaliknya mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu menambah, mesyuarat hari ini tidak membincangkan mengenai pertukaran portfolio yang bakal dilaksanakan itu.

“Mesyuarat parti juga tidak membincangkan perkara itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

UTAMAPOLITIKBelum ada tempat untuk Anwar, tiada menteri yang mahu letak jawatan kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium