31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Akar umbi Umno masih terluka dengan Azmin

Ketua Umno Gombak mendakwa sebahagian besar akar umbi parti itu masih terluka dengan kenyataan Mohamed Azmin Ali, yang mungkin menjejaskan peluang menteri kanan berkenaan kekal di Parlimen Gombak pada pilihan raya umum akan datang.

Menyifatkannya sebagai luka lama masih bersisa, Megat Zulkarnain Omardin berkata 40,000 ahli Umno masih ingat bagaimana Azmin mempersendakan parti itu dengan menyamakannya sebagai binatang ketika masih dalam PKR.

“Beliau kata minta tinggalkan 1 atau 2 spesies Umno hidup supaya bila anak cucu tanya apa itu Umno? Itu binatang apa, dia senang tunjuk.

Perkara ini masih berlegar dalam kalangan ahli Umno dan bukan mudah untuk dilupakan.

“Dalam politik kita boleh ada idealogi politik dan pandangan berbeza. Namun, kita mesti ada 1 sempadan…bila ada pukul lebih dari sempadan, pukulan diterima di bawah pinggang ini selalunya akan diingati.

“Setakat tampar-tampar mungkin boleh lupakan tetapi kita bercakap atas akar umbi, perlu hormat 40,000 ahli Umno yang sepakat untuk Muafakat Nasional (MN) kerana ia adalah kawasan majoriti Melayu, perkara ini perlu dilihat serius,” katanya kepada FMT.

Kenyataan Megat itu muncul ketika spekulasi sama ada Azmin akan kekal di kerusi Parlimen Gombak yang diwakilinya sejak 2008 atau terpaksa mencari kawasan lain jika pencalonannya tidak disokong Umno dan PAS dalam MN.

Bekas timbalan presiden PKR itu dikatakan antara penggerak “langkah Sheraton” yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Azmin menang kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 48,721 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Abdul Rahim Kamarudin dan PAS, Khairil Nizam.


Mengulas lanjut, Megat berkata Azmin berhak untuk meminta bertanding di kerusi itu kerana beliau adalah penyandangnya namun tegasnya ia perlu mendapat persetujuan Umno dan PAS selaku penggerak awal MN.

“Jika dia hendak bertanding, kena dapat persetujuan 2 parti ini. Kita tidak halang namun dia juga tidak boleh halang sekiranya ada keputusan lain di peringkat nasional, perkara ini kita kena panjangkan kepada pucuk pimpinan,” katanya.

Secara berseloroh, Megat meminta Azmin membuat penilaian sendiri terhadap penerimaan pengundi di kawasan itu ketika ini susulan pengkhianatannya yang mungkin menyebabkan kehilangan pengundi terutama dalam kalangan penyokong tegarnya.

“Saya ada dengar khabar angin apabila berlaku pengkhianatan kepada partinya sendiri (PKR), saya tidak fikir ahli PKR di Gombak akan sokong lagi. Itu belum lagi ahli PPBM yang sokong Dr Mahathir (Mohamad) yang mungkin juga tidak menyokongnya.

“Saya rasa dia boleh buat perkiraan sendiri, dia lebih tahu kekuatan dia sendiri di Parlimen Gombak,” katanya.

Beliau berkata, MN di peringkat kawasan itu sebenarnya sudah berbincang mengenai soal calon di Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya namun setakat ini belum ada perbincangan dengan PPBM yang diwakili Azmin.

“Kita tiada perbincangan lagi dengan PPBM. Hanya dengan PAS saja. Kita ada hubungan cukup erat dari awal, sebab itu kita lalui 7 pilihan raya kecil bersama.

“Tetapi secara rasminya kita belum bincang dengan pucuk pimpinan kedua-dua parti. Tetapi itu tidak bermaksud kita tidak buat persediaan awal termasuk soal calon,” katanya.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...