Anak ahli perbankan mati ditembak harap pindaan PCA dapat halang pembunuh - pakdin.my

pengasas-amb-mati-ditembak

Pascal Najadi, anak pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak, berkata pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) akan memainkan peranan penting dalam menghalang pembunuh upahan.

Beliau memuji langkah kerajaan meminda undang-undang itu yang diluluskan Dewan Rakyat Khamis lalu.

Ahli perniagaan berumur 45 tahun itu memberitahu Bernama menerusi telefon dari Russia, PCA akan bertindak sebagai undang-undang efektif untuk menangani “penjenayah, pembunuh dan pengganas”.

“Ia akan dapat memastikan orang awam dilindungi daripada orang jahat dan penjenayah tegar,” kata Pascal.

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang diluluskan itu, antara lain membolehkan penahanan tanpa bicara untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam.

Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai. Seorang wanita berusia 49 tahun turut cedera dalam kejadian itu.

Penarik kereta Koong Swee Kwan, 44, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh, semalam. Dia juga didakwa cuba membunuh wanita itu, Cheong Mei Kuen.

Pascal turut melahirkan penghargaan kepada polis Malaysia atas tindakan pantas mereka dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dalang di sebalik pembunuhan itu, seorang ahli perniagaan berumur 53 tahun yang dilaporkan sedang bersembunyi di Australia.

UTAMABERITAAnak ahli perbankan mati ditembak harap pindaan PCA dapat halang pembunuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium