Anwar juga tak mungkin dapat halang gerakan gugurkan Khalid #PemilihanPKR - pakdin.my

Siapa yang bekuasa di Selangor?
Siapa yang bekuasa di Selangor?

Sudah dua kali Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi meredakan desakan bukan sahaja daripada pemimpin PKR tetapi DAP dan PAS yang mahu kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan.

Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang menegaskan hanya mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sahaja berhak menentukan mengenai jawatan tersebut.

Bagaimanapun, petang Sabtu, anwar sekali mengeluarkan kenyataan meminta pimpinan parti agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

“Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan menteri besar Selangor.

“Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini,” katanya.

Menurutnya lagi, individu yang mengisi jawatan itu ditentukan secara bersama dan bukannya oleh mana-mana individu.

“Kedudukan menteri besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN (PKR) dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan,” katanya.

Kenyataan itu tidak jauh dengan kenyataan beberapa hari lalu ketika beberapa pemimpin PR secara terbuka menyatakan sudah masanya Khalid diganti dengan pemimpin lain kerana beliau dianggap mentadbir Selangor tidak mengikut selera pakatan.

Peringatan terbaru Anwar dianggap amat penting ketika desakan itu semakin memuncak ekoran kekalahan Khalid mempertahankan kerusi Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan semula Sabtu lalu.

Abdul Khalid dalam reaksinya hari ini bagaimana pun berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan menteri besar walaupun kalah dalam pemilihan parti.

Beliau kalah dalam pemilihan sebagai ketua cabang di cabang PKR Kuala Selangor kepada bekas ahli parlimen Kapar s. Manikawasagam manakala masih berusaha mengejar Azmin Ali dalam merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Namun, ada mempersoalkan kenapa Anwar terpaksa mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan Khalid.

Adalah beliau masih berpendirian Khalid perlu kekal sebagai Menteri Besar atau semata-mata mahu meredakan tekanan pemimpin-pemimpin PR yang berpendapat Khalid perlu ditukarkan?

Bagaimanapun, melihat masih ada lagi kenyataan selepas kenyataan terdahulu berhubung kedudukan Khalid, timbul juga tanda tanya adakah suara Anwar masih ‘laku’ dalam PKR dan PR.

Umum tahu kebelakangan ini, Anwar dilihat seolah-olah tiada cengkaman lagi dalam PKR kerana pelbagai kekalutan dalaman parti termasuk proses pemilihan yang cara merba.

Di kalangan pemimpin PR pula, nama beliau pun sudah jarang disebut.

Ada berpendapat, ini kerana hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dalam kes liwat 11, bakal menjejaskan imej PR.

Justeru itu, mungkin kenyataan anwar berhubung kedudukan Khalid ibarat melepaskan batuk di tangga.

Ini kerana dalaman PKR sendiri terlalu kuat desakan mahu Khalid digantikan malah pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli sendiri menegaskan Kajang Move masih berjalan.

Jika desakan ini berterusan dan Khalid tewas jawatan Timbalan Presiden, Anwar tentu tidak dapat menghalang gerakan untuk menukarkan Menteri Besar Selangor.

UTAMAPOLITIKAnwar juga tak mungkin dapat halang gerakan gugurkan Khalid #PemilihanPKR

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium