Loading...
Home / :: BLOG :: / Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?

Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?

Prof James Chin adalah inaugural Director di Asia Institute, University of Tasmania. Beliau adalah seorang pakar dalam isu-isu urus tadbir di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura. Beliau juga bertugas di negara-negara kepulauan di Pasifik Selatan. Pandangan beliau kerap diminta oleh agensi-agensi berita utama di seluruh dunia, termasuk The New York Times, The Financial Times, BBC World TV, CNBC dan Bloomberg.

Ini adalah pandangan beliau mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam bukunya, The Lasting Shadow of Mahathir, ini yang di tulis oleh James Chin dalam bab dua (BACA BAB PENUH DI SINI):
Mahathir ingin mewujudkan dinasti politik keluarga, dinasti Mahathir.

Loading...

Mahathir mahu Jambatan Bengkok idea beliau dibina hanya untuk memenangi siapa hebat atau pertandingan kiasu dengan Singapura. Dan dia marah dengan kedua-dua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana tidak dibina.

prestasi yang lemah UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan oleh serangan Mahathir terhadap Abdullah Badawi.

Najib perlu digulingkan kerana dia enggan membina Jambatan bengkok.

Mahathir tidak puas hati dengan Najib kerana Mukhriz kalah dalam pertandingan untuk salah satu daripada tiga jawatan Naib presiden Umno pada 2013, adalah penting untuk beliau menang untuk mencapai matlamat menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya Presiden Umno, satu-satunya cara Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri . Mahathir menyalahkan Najib kerana tidak menyokong Mukhriz, dan menyebabkan kekalahan Mukhriz.

Satu lagi sebab utama mengapa Mahathir marah dengan Najib kerana Perdana Menteri mengutamakan 1Malaysia (yang akan memberikan kesaksamaan kaum Cina dan India dengan orang Melayu).

Anak Mahathir, Mokhzani, adalah salah salah seorang lelaki terkaya di Malaysia kerana DEB, yang merupakan punca untuk amalan rasuah dan salah guna kuasa. Amalan ini menjadi lebih teruk pada akhir 1980-an dalam tempoh Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mahathir mahu Malaysia ditadbir mengikut cara beliau.

Mahathir mahu Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

Satu-satunya cara untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri adalah dengan menyingkirkan Najib.

(Visited 28 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Terkini

Pusat hiburan di Ipoh terbakar, enam rentung, sesak nafas

Dari Facebook Najib Razak

130 comments

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...