Ayat yang paling bangang dari Mahathir setakat ini - pakdin.my

Mahathir Mohamad menuduh PAS hari ini sengaja memudahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang dengan menolak untuk bersekutu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), “parti Melayu-Islam”.

“Ini adalah perjuangan PAS sebenar. Ia bukan untuk bangsa dan agama; ia bertujuan untuk melemahkan orang Melayu,” kata Dr Mahathir dalam blognya.

Hello … Mahathir. UMNO adalah parti apa? Melayu-Islam atau tidak?

Adakah Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang meminta Mahathir untuk menulis begtu?

Mahathir dah lengit. Dah gila meroyan!

*****

Mahathir Masih Menaruh Harapan PAS Menyertai Pakatan Harapan

Mahathir Mohamad amat kecewa apabila PAS enggan menyertai Pakatan Harapan atau mengadakan kerjasama setidak-tidaknya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpinnya.

Beliau menyorot sejarah penubuhan PAS pada 1951. Dr Mahathir menyatakan PAS menjadi kuat selepas membentuk kerjasama dengan DAP.

Contohnya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, hasil kerjasama PAS dengan DAP, parti itu menang 27 kerusi Parlimen manakala dalam PRU 2008 (23 kerusi) dan 2013 (21 kerusi).

Bagaimanapun, apabila PAS bersendirian pada 2004, parti itu hanya memperoleh tujuh kerusi.

Mahathir menjelaskan, jika PAS terus bersendirian dalam PRU-14 tidak lama lagi, yang bakal menang ialah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Mahathir menuduh PAS berjuang bukan untuk agama, sebaliknya untuk melemahkan orang Melayu.

Kenyataan Mahathir itu seolah-olah ingin memberitahu parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan seperti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), mahu tidak mahu semua parti dalam pakatan berkenaan harus memujuk PAS supaya menyertai pakatan itu.

Jika diteliti kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa, kerjasama antara PAS dengan BERSATU gagal kerana sikap pimpinan BERSATU sendiri terhadap parti itu.

Dan kenyataan mereka berhubung agenda memperkasa Islam dalam pentadbiran, termasuk RUU355, jelas memperlihatkan PAS asyik menyalahkan pihak lain dan tidak pernah ingin meletakkan kesilapan pada diri sendiri.

PAS dari satu aspek memperlihatkan kepada masyarakat umum parti itu tetap berpegang kepada prinsip asal perjuangannya iaitu menegakkan Islam sebagai Addin, iaitu negara yang mengamalkan dasar pemerintahan Islam secara keseluruhannya.

PAS masih ingin mempamerkan prinsip parti itu yang ingin mengambil Islam secara keseluruhannya dan bukan separuh-separuh.

Namun demikian, apabila tiba pada aspek kedudukan tiga EXCO PAS dalam Kerajaan Selangor, parti itu berdolak-dalih dengan pelbagai alasan yang membuatkan orang ramai berasa mual.

Dalam keadaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan semakin mesra dengan UMNO, masih ramai pihak dalam PAS yang tidak mahu parti itu bekerjasama dengan UMNO atas alasan kononnya dasar pemerintahan UMNO tidak Islam.

Banyak pihak menjangka PAS akan kalah teruk dalam PRU-14 jika bersendirian tetapi pemimpin PAS amat yakin parti itu akan mencatatkan kemenangan yang lebih baik dengan berjuang bersendirian.

Bagaimanapun, Mahathir sudah memaparkan dengan fakta yang jelas, PAS mengalami kemerosotan kerusi apabila bersendirian.

Hanya pemimpin dan ahli PAS yang boleh menentukan hala tuju parti berkenaan bak kata Mahathir:

“Terpulanglah kepada ahli PAS sama ada mengikut ajaran Islam atau terus membaiah dan taksub kepada parti dan pemimpinnya yang berjuang untuk nafsu dunia.”

********

Rujukan:

http://chedet.cc/?p=2511

UTAMAPOLITIKAyat yang paling bangang dari Mahathir setakat ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium