24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Bajet 2017: Tindakan keluar dewan dipercayai diatur oleh Mahathir

Tindakan biadap ahli parlimen pembangkang yang memboikot pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu, dipercayai sudah diatur Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata tindakan terbabit dipercayai bertujuan mencemarkan nama baik Parlimen Malaysia di mata dunia, selain memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan itu (keluar dewan) adalah strategi diatur Dr Mahathir untuk menunjukkan sikap tidak hormat mereka (kepada Parlimen) dan menanam kebencian terhadap pemimpin.

“Ia jelas melanggar norma dan adab dalam Parlimen, sekali gus menunjukkan seseorang bergelar Yang Berhormat melakukan perangai tidak bersesuaian dengan status sebagai ahli dewan yang mulia.

“Mereka hina Perdana Menteri dan mahu menanam kebencian kerana dengan cara itu mereka berharap rakyat akan bangkit dengan menggerakkan politik jalanan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Program Pemimpin Bersama Akar Umbi, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, di Seri Bendahara, di sini, lewat malam tadi.

Jumaat lalu, hampir semua ahli parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangkan Perdana Menteri.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.

20161022-bajet-2017-pembangkang-keluar-dewan

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan