Bersatu demi kelangsungan politik Melayu - pakdin.my

Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid Hamidi.

Ketepikan perbezaan politik dan bersatu demi mempertahankan empat prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Itu gesaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, masyarakat Melayu tidak kira UMNO, PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersatu demi hak Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan, hak istimewa Melayu dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Penyatuan Melayu tanpa mengambil kira latar belakang parti ini penting demi memastikan kelangsungan politik Melayu kerana ketika ini agama kita (Islam) sedang dipijak, Raja kita diperlekehkan dan bahasa Melayu direndahkan.

“Apabila ada pihak yang kata nak wujudkan negara republik, hanya UMNO sahaja yang berani mempertahankan Raja Berperlembagaan kerana Raja Melayu adalah payung kita, katanyadalam ucapan perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kedah di Alor Setar.

UMNO tegasnya tidak akan membiarkan sahaja mana-mana pihak yang cuba bersikap kurang ajar dan melanggar kontrak sosial yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

UTAMAPOLITIKBersatu demi kelangsungan politik Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium