24.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Bunuh Di Tapah: Abang Terkilan Tidak Dapat Temani Mangsa

bunuh-bakar-tapah-forensik

TAPAH: Abang kepada seorang daripada mangsa yang dipercayai dibunuh empat sekeluarga di sekitar daerah Tapah, minggu lepas berasa amat terkilan kerana tidak dapat menemani mangsa pada hari kehilangannya.

Demikian luahan Karamjit Singh, 54, yang merupakan abang sulung kepada seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang yang dipercayai hilang pada 25 Ogos lepas.

“Selalunya saya teman adik ke mana sahaja dia pergi cuma pada hari kehilangan dia, saya sangat letih kerana baru pulang dari Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Beliau berkata mangsa yang merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik,di dapati hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas 7 malam.

“Selalunya adik balik dalam pukul 2 petang tetapi hari itu lewat pula.

“Pada 10 pagi masa hari kehilangannya, dia masih boleh dihubungi oleh pekerjanya. Beliau hilang ketika membeli makanan untuk enam orang pekerja termasuk seorang anaknya,” kata Karamjit.

Karamjit berkata beliau bersama anggota keluarga yang lain cuba mencari mangsa selama empat hari sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Tapah.

“Kami mencari sehingga ke Hospital Slim River dan Hospital Ipoh kerana mengingatkan adik saya terlibat dalam kemalangan.

“Saya juga ingat adik saya kena culik tetapi tiada pula orang datang minta tebusan,” katanya.

Menurut Karamjit sebelum ini, mangsa ada beritahu diganggu oleh seseorang yang mahu membeli tanah.

“Saya lihat masa itu, ada orang menghubunginya tetapi dia tak mahu jawab disebabkan lelaki itu desak jual tanah dengan harga murah.

“Tetapi adik kata dia cuma tolong jual sahaja jadi tak boleh nak jual dengan harga yang murah,” katanya.

Karamjit berkata selepas membuat laporan polis, beliau bersama anggota keluarga dibawa ke sebuah syarikat telekomunikasi di Pulau Pinang untuk mengesan orang terakhir yang menghubungi atau dihubungi mangsa.

“Kami dapat kesan tapi nombor telefon itu didaftar di bawah nama orang Cina,” katanya.

Katanya mangsa seorang yang peramah serta baik hati dan kehilangan beliau dirasai oleh semua penduduk di sekitar Chenderiang, di sini.

“Dia seorang yang paling peramah dan tidak mempunyai musuh di luar,”katanya.

Mengenai suspek kes itu, Karamjit berharap mahkamah akan membuat keputusan yang adil.

“Saya berharap mereka terima balasan daripada mahkamah. Macam mana adik saya mati, itu yang patut mereka rasa,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan