Para alim ulama telah meletakkan syarat bagi transgender yang sudah bertaubat dan ingin menunaikan umrah sewajibnya mereka kembali kepada keadaan fitrah mereka.
Saya doakan saudara Sajat berada dalam taufiq, hidayah dan ‘afiah sentiasa. Isu ini menjadi hangat sehingga tempiasnya kena juga kepada Mufti Wilayah Persekutuan. Jika dijawab, akan ada yang bertanya, “Kenapa begitu, kenapa tidak begini?”. Jika tidak dijawab, akan ada yang bertanya, “Mengapa berdiam diri?”. Itulah kelazimannya.
“Perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan membabitkan soal Fiqiyyah semata-mata, tetapi juga antara haq dengan yang batil,” katanya menurut laporan Berita Harian, ketika berucap di Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan oleh Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU).
Sihir merupakan dosa kedua terbesar selepas syirik dengan Allah dan kedua-dua dosa terbesar ini saling berkait rapat sebab orang yang hendak melakukan sihir dan tukang sihir akan melakukan amalan-amalan syirik kepada Allah dan Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik.
We use cookies to ensure that we give you the best experience on our website. If you continue to use this site we will assume that you are happy with it.Ok