- klik-klik iklan
-klik iklan-
Home NASIONAL AM Covid-19: Doktor dedah perangai biadap ‘kluster kayangan’ - ‘Mereka panggil kami dog,...

Covid-19: Doktor dedah perangai biadap ‘kluster kayangan’ – ‘Mereka panggil kami dog, pencacai najis’

  • SEGELINTIR rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara kerana ancaman Covid-19 digelar sebagai kumpulan kayangan oleh petugas barisan hadapan.
  • Ini kerana sikap kurang ajar dan sikap sombong yang ditunjukkan mereka kepada petugas kesihatan yang mahu mengambil sampel daripada mereka untuk saringan Covid-19.

Petugas barisan hadapan, Dr. Sakinah Sulong berkata, ada antara mereka memanggil petugas kesihatan sebagai ‘dog’ dan pencacai najis dan tidak mahu dikuarantikan.

- Advertisement -

Sikap mereka berbeza dengan ditunjukkan oleh kumpulan tabligh yang telah diarahkan untuk menjalankan ujian saringan Covid-19 sebelum ini.

“Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

“Berbanding kumpulan kayangan, marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’. Panggil staff kami pencacai najis. Memang sangat kurang ajar!

“Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan,’” luah Dr. Sakinah di Facebook beliau.

- Advertisement -

Menurutnya, ada petugas kesihatan yang terpaksa mengalah kerana tidak mampu untuk bersuara dan bimbang berlaku kekasaran kerana dimaki oleh kumpulan terbabit.

“Nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami petugas kesihatan! Memang tak bersyukur!

“Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!” tegas Dr. Sakinah.

Menurut beliau, petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Mereka membuat saringan simptom dan vital sign, buat pensampelan dan buat rujukan ke hospital sekiranya perlu.

Mereka hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain. Kumpulan barisan hadapan itu bekerja keras untuk memastikan rakyat lain tidak dijangkiti penyakit yang di bawa dari luar negara.

Sakinah berkata, manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidup, satu mulut untuk mereka ambil swabnya.

“Tak kira lah siapa dia. Pengarah Jabatan ke, jemaah tabligh ke, doktor ke, pelajar ke, semuanya sama. Lubang hidungnya sama, rongga mulutnya sama.

“Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

“Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan,” kata Dr. Sakinah.-SM

- klik iklan -
-klik-klik iklan-

Berita berkaitan

Jururawat hamil dirogol ketika menunggu bas untuk pulang selepas tamat shif rawat pesakit Covid-19

SEORANG jururawat yang sedang hamil menceritakan detik-detik ngeri yang dihadapinya selama 45 minit sewaktu dirogol ketika sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai merawat pesakit...

Tak hirau perintah berkurung, kawasan pantai tiba-tiba dipenuhi kondom

SEGELINTIR individu di Scotland dilihat tidak mengendahkan perintah berkurung yang dikuatkuasakan untuk mengekang penularan Covid-19. Sebaliknya, berlaku penemuan mengejutkan apabila banyak kondom, gel pelincir serta...

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Menurut Arab...

Kereta ‘naik’ lori… helah suami isteri nak balik kampung tersangkut di roadblock pelabuhan

MATLAMAT utama untuk pulang ke kampung halaman dan kerana itu juga mereka berusaha untuk memastikan hasrat menjadi kenyataan. Kejadian pada Ahad kira-kira pukul 1 petang di...
- Advertisement -

TERUSKAN BERSAMA KAMI

991FansLike
4,743FollowersFollow
3,328FollowersFollow
0SubscribersSubscribe

TERKINI

Perlu ada undang-undang bendung kutipan derma palsu di internet, kata peguam

Seorang peguam menggesa supaya undang-undang digubal bagi mengawal kutipan dana secara atas talian bagi membendung penipu mempergunakan sikap pemurah penderma. A Srimurugan berkata, undang-undang sedia...

Sekatan jalan diperketat, tiada percubaan rentas negeri

Memasuki hari kedua Syawal, tiada lagi percubaan oleh pengguna lebuh raya untuk melakukan pergerakan rentas negeri. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman...

Puding buih beli dalam talian dipercayai punca 48 keracunan makanan

Sejumlah 48 individu yang mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada Jumaat lepas telah menerima rawatan. Pengarah Kesihatan...

[Video] Adik kebetulan berhari raya di Hulu Bernam ajak abang jumpa di jambatan Sungai Bernam

Cerita sebenar yang kami dapat dari abang beliau Azli Abu Sien. "Adik lelaki tu duk tg malim... Adik perempuan tu ziarah mertua dia di Ulu...

Tiada lagi ziarah Aidilfitri selepas 1 Syawal

Memasuki hari kedua Syawal hari ini, bermakna rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah...
-klik iklan-

SERING DIBACA

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Azmin Ali di ‘pulau’ di perasmian Rumah Generasi Ke 2 Felda di Felda Palong

Yang hadir hanyalah wartawan, polis pengiring serta beberapa orang urusetia yg mengikuti rombongan tak diundang itu..