27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 3, 2021

Covid-19: Tiga ahli gereja PJ diuji positif

PETALING JAYA: Tiga anggota Damasara Utama Methodist Church (DUMC) telah diuji positif Covid-19.

Ketiganya adalah Datin Doris Ho, isteri Pastor Datuk Dr Daniel Ho, dan dua orang ahli kumpulan bacaan Bible.

Menurut pekeliling yang dihantar kepada ahli, gereja telah menghubungi semua ahli kumpulan di Bangsar, Kuala Lumpur yang kini memantau mereka yang melakukan kuarantin sendiri dan juga menghantar sampel untuk ujian.

Ia berkata gereja tersebut yang merupakan salah satu yang terbesar di negara ini, membantu Kementerian Kesihatan untuk mengesan mereka yang mungkin merupakan kontak ketiga-tiga mereka baru-baru ini.

Daniel berkata beliau dan isterinya diuji pada hari Jumaat (20 Mac).

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.