DEIG : Apa Kaitannya Dengan Quality & Brisdale Hotel - pakdin.my

azmin-ali-DEIG-hotel

Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini.

Aset-aset milik Yayasan Selangor seperti Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) hanya tinggal sejarah, apabila nilai tanah yang tinggi membangkitkan nafsu dan serakah demi keuntungan, sekaligus menafikan signifikan penubuhan yayasan itu sendiri.

Dan itu hanyalah sebahagian dari kisah duka hilangnya harta rakyat bumi Darul Ehsan.

Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor.

Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel Kuala Lumpur adalah dua aset kerajaan negeri yang diisytiharkan bankrup. Dan dengan pengisytiharan tersebut, penjualan adalah jalan terakhir.

Entah bagaimana, kedua-dua aset ini dahulunya dapat ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sudah pasti status bankrup itu membuktikan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk mentadbir asset dibawah jagaannya. Lebih merisaukan penulis, jika status bankrap tersebut adalah sekadar alasan yang dirancang, dicipta dan dilaksana demi untuk menghalalkan penjualan aset-aset tersebut kepada pihak lain.

Rasa tidak puas hati rakyat tentang penjualan aset-aset sebelum ini benar-benar menggusarkan kerajaan negeri. Tetapi dengan alasan bankrup, tentu ianya lebih meyakinkan. Dan jika benar status bankrap itu adalah sebahagian perancangan untuk membenarkan si pembeli membeli dengan murah, pastinya adalah lebihan dari harga sepatutnya yang boleh disalurkan secara “under table”.

Ini kebimbangan penulis.

Dalam pada itu, tertubuhnya Darul Ehsan Investment Group dibawah Akta Syarikat 1965 telah mewujudkan kebimbangan rakyat Selangor yang prihatin kerana syarikat tersebut berupaya untuk mengalihkan kekayaan berbillion ringgit harta rakyat Selangor kepada entiti bebas tersebut yang tidak terikat dengan mana-mana audit, dan tidak perlu menjawab kepada Dewan Undangan Negeri.

Ia berbeza dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang termaktub di dalam Enakmen Menteri Besar Selangor.

Sangat licik.

UTAMAPOLITIKDEIG : Apa Kaitannya Dengan Quality & Brisdale Hotel

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium