24.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

Video: DOJ Tak Libatkan 1MDB – @NajibRazak ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Beliau berkata, laporan tersebut tidak mengambil pandangan mana-mana pihak daripada 1MDB dan pihak berkuasa Malaysia.

“Ia juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di Amerika Syarikat, bermakna 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut, kerana 1MDB tak dinamakan dalam senarai laporan berkaitan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Bagaimanapun kata Najib, laporan itu didedahkan menerusi publisiti secara besar-besaran, sedangkan kes sivil tidak dilakukan seumpama itu.

Ditanya punca publisiti besar-besaran itu, Najib berkata: “Ada banyak pandangan mengenainya tetapi saya tidak mahu buat spekulasi.”

Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan berikutan pelbagai ancaman dan Malaysia tidak terkecuali dengan cabaran itu.

Jelasnya, ancaman-ancaman itu termasuk insiden penculikan di perairan Timur Sabah, pencerobohan bersenjata di sempadan Malaysia-Thailand, kejadian pembunuhan secara terang-terangan termasuk ancaman IS seperti yang berlaku di sebuah kelab malam di Puchong baru-baru ini.

Kata Perdana Menteri lagi, mesyuarat MT Umno kali ini turut membincangkan soal keselamatan dengan mengambil kira perkembangan mutakhir negara ini.

“MT berpendapat tahap keselamatan perlu diberi keutamaan, kita hendak mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dalam negara,” kata Najib sambil berharap rakyat dapat memahami sekiranya terdapat peraturan baharu demi memastikan kawalan keselamatan terjamin.

Berita Berkaitan

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

‘Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen’ – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan