Dua pekerja ladang dibelasah dituduh curi lembu – Tiada aduan dari pemilik lembu yang dicuri - pakdin.my

curi-lembu-jenka-17-1

Dua pekerja sebuah ladang ternakan lembu di Felda Jengka 17, di sini cedera parah dibelasah sekumpulan lelaki kerana disyaki mencuri lembu milik seorang penduduk di tanah ranca­ngan itu malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maran, Asisten Superintenden Mat Rizal Mat Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam di hadapan pintu pagar ladang lembu tempat mangsa bekerja.

Menurutnya, kumpulan itu turut bertindak membakar sebuah kereta Proton Persona yang disewa oleh dua mangsa.

Selain itu, katanya, mangsa turut dipukul dan diberi makan tahi lembu.

“Tindakan sekumpulan lelaki membelasah dua lelaki yang berusia lingkungan dua puluhan itu menjadi viral di media sosial terutama insiden memberi makan tahi lembu kepada mangsa.

“Polis sedang menyiasat mungkin berlaku salah faham dalam insiden ini kerana polis belum mengenal pasti sama ada dua lelaki itu terbabit dengan kes curi lembu. Justeru, pihak polis meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil memberi maklumat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mat Rizal berkata, setakat ini yang membuat laporan ialah pekerja kepada pemilik ladang lembu di Felda Jengka 17 kerana kejadian membelasah dua lelaki dan membakar kereta Proton Persona itu berlaku di hadapan pintu masuk ladang ternakan miliknya.

Menurutnya, pemilik lembu yang mendakwa ternakannya dicuri di tanah rancangan itu belum lagi membuat laporan polis.

Tambahnya, dua lelaki yang dibe­lasah itu cedera teruk di kepala dan badan mendapat rawatan di Hospital Bandar Jengka.

“Pihak polis akan membuat siasatan lanjut dengan mendapatkan maklumat daripada kedua-kedua mangsa tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang.

curi-lembu-jenka-17-3 curi-lembu-jenka-17-2

UTAMABERITADua pekerja ladang dibelasah dituduh curi lembu - Tiada aduan dari pemilik...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium