Dua Remaja Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik Di Kedah - pakdin.my

3-beradik-mati-dibunuh-1

Selepas 46 hari, suspek yang diburu berhubung kes kematian tiga beradik di Kampung Gelam, Alor Setar, akhirnya ditangkap.

Dua remaja yang juga rakan sekampung ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya, berkata kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

ACP MOHD NASHIR YA / KETUA JSJ KEDAH
“Kedua-dua suspek ini ditangkap untuk siasatan lanjut bersabit kes melibatkan tiga remaja yang pada akhir bulan 11 tempohari lah. Jadi kedua-dua remaja Melayu ni, kita telah dapatkan perintah mahkamah untuk tahanan lanjut selama, sehingga 22 Januari untuk siasatan lanjut”.

Tambah beliau, suspek yang berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, antara jam lima petang dan 11 malam semalam.

Dalam kejadian 30 November lalu, mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi ditemui di sawah padi di Kampung Alor Senibong, Langgar, manakala mayat dua lagi adiknya Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma ditemui mati di sungai berhampiran pekan Langgar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

UTAMABERITADua Remaja Ditahan Berhubung Kes Bunuh Tiga Beradik Di Kedah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium