25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2020

Dunia diancam kekurangan kondom selepas pengeluar utama henti operasi

Dunia diancam kekurangan kondom, kata pengeluar terbesar selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 yang memaksanya pengeluaran dihentikan.

Karex Bhd menghasilkan 1 dalam setiap 5 kondom global. Ia tidak mengeluarkan 1 kondom pun daripada 3 kilangnya dalam 10 hari lalu kerana PKP yang kerajaan laksana bagi menghentikan penyebaran virus itu.

Itu bermakna ada kekurangan 100 juta kondom, yang biasanya dipasarkan di peringkat antarabangsa oleh jenama seperti Durex, dibekalkan kepada sistem penjagaan kesihatan kerajaan seperti NHS di Britain, atau diedarkan oleh program bantuan seperti Tabung Penduduk PBB.

“Kita akan lihat kekurangan kondom global di semua tempat,” kata Ketua Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat minggu ini.

“Kebimbangan saya adalah banyak program kemanusiaan di pedalaman Afrika, di mana kekurangannya bukan hanya 2 minggu atau sebulan. Kekurangan itu boleh jadi berbulan-bulan.”

Malaysia negara paling teruk terkesan di Asia Tenggara, dengan 2,161 jangkitan koronavirus dan 26 kematian. Kerajaan sudah melanjutkan PKP sehingga 14 Apr ini.

Satu lagi pengeluar terbesar kondom ialah China, dari mana datangnya koronavirus itu, dan India serta Thailand, yang menyaksikan kenaikan kes jangkitan baru.

Operasi pembuat barangan kritikal lain di Malaysia seperti sarung tangan juga berdepan masalah kecil.

Goh berkata, Karex dalam proses merayu kerajaan memberi pengecualian untuk beroperasi mengikut syarat-syarat khusus.

Malaysia meluluskan permintaan pengeluar barangan asas lain yang meminta dibenarkan beroperasi dengan separuh tenaga kerja.

“Apa yang bagus adalah permintaan masih kuat kerana ia masih barang keperluan,” kata Goh.

“Memandangkan ketika ini orang ramai mungkin tidak merancang untuk ada anak. Sekarang bukan masanya, kerana banyak ketidakpastian.”

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Komen

..

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan