Video: Empat Buah Kedai Di Chow Kit Hangus Terbakar

 

Kemeriahan malam minggu di Chow Kit , ibu negara malam tadi dikejutkan dengan insiden kebakaran membabitkan empat buah kedai.

Kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu  turut menyebabkan kesesakan lalu-lintas berikutan laluan masuk ke lokasi terpaksa ditutup.

Tujuh jentera bomba dan penyelamat dari Balai Hang Tuah, Titiwangsa, Setapak dan Sentul dikejarkan ke tempat kejadian.

Bagaimanapun  usaha memadamkan kebakaran mengalami kesukaran berikutan tekanan air rendah di kawasan kejadian.

Turut terbakar deretan kedai menjual ubatan tradisional, pemborong makanan, pakaian dan kain.

Kebakaran akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

kedai-terbakar-chow-kit

Comments (No)

Leave a Reply