Statistik Corona

Malaysia
2,127,934
Confirmed
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Malaysia
1,897,383
Recovered
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Malaysia
206,473
Active
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Malaysia
24,078
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,195,958
Confirmed
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Indonesia
4,002,706
Recovered
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Indonesia
140,805
Deaths
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm

Global

All countries
230,104,453
Confirmed
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
All countries
205,082,510
Recovered
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm
All countries
4,718,133
Deaths
Updated on September 21, 2021 18:59 6:59 pm

Helikopter PUTD Terhempas, Kesemua Empat Anggota Tentera Selamat

“Helikopter itu disifatkan sebagai ‘total loss'”

Agusta A-109 PTUD

JOHOR BAHARU: Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan pada Jumaat.

Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.

“Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat,”

Katanya pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawaitentera asing berpangkat Lt Kolonel yang bertindak sebagai jurulatihpenerbangan, katanya.

Difahamkan pegawai tentera asing itu berasal dari Perancis, manakala tiga yang lain ialah Mejar, Kapten dan Sarjan.

Menurut sumber itu, impak daripada kemalangan itu telah menyebabkan ekor serta kipas helikopter itu putus dua serta tayarnya rosak teruk.

“Helikopter itu disifatkan sebagai ‘total loss’,” katanya.

Menurutnya, latihan penerbangan malam agak berisiko kerana juruterbang terpaksa bergantung kepada “Night Vision Goggle” serta instrumen penerbangan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pihak tentera pada pagi ini mengenai kejadian itu.

Katanya beliau dimaklumkan yang helikopter itu tidak terhempas tetapi membuat pendaratan cemas ekoran masalah penerbangan.

Beliau berkata tiada kecederaan serius dilaporkan dialami mangsa yang terlibat.

Berkaitan