Thursday - August 5, 2021 @ 18:28
BERITANASIONALIsyarat Dikesan Pesawat Australia, AP-3C Orion Pada Khamis Bukan Dari Kotak...

Isyarat Dikesan Pesawat Australia, AP-3C Orion Pada Khamis Bukan Dari Kotak Hitam Pesawat – JACC

MH370-raaf-ap3c-orion

Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) mengesahkan isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis di kawasan pencarian di Lautan Hindi tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata penilaian awal mengesahkan isyarat itu tidak datang dari alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.

“Pusat Analisis Akustik Bersama Australia telah menganalisis data akustik berkenaan dan mengesahkan isyarat dilaporkan dikesan di kawasan Kapal Pertahanan Australia, Ocean Shield kemungkinan tidak ada kaitan dengan kotak hitam pesawat.

“Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Bersama Australia,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat “ping’, dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan ‘pinger’ ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

“Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan ‘pinger’ ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat,” kata Houston.

Beliau berkata ia bertujuan untuk mendapatkan sebanyak maklumat yang boleh sementara bateri alat pengesan isyarat di bawah permukaan air itu mungkin masih aktif.

“AP-3C Orion akan meneruskan pencarian akustiknya, bekerjasama dengan Ocean Shield, dengan tiga lagi misi dirancang untuk hari ini.

“Keputusan tentang bila untuk mengerahkan kenderaan bawah air automatik akan dibuat atas nasihat pakar dalam kapal Ocean Shield dan mungkin dalam beberapa hari lagi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian pesawat MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.

 

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here