26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Jentera Syiah Pas, Bakal Cetuskan Huru-Hara

jentera-pas-sungai-limau

Umum mengetahui, Pas mengunakan simbol bulan yang berlatarbelakang warna hijau sebagai logo rasmi parti itu yang mendakwa memperjuangankan Islam fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Namun kehadiran logo yang sama, tetapi mengunakan latar belakang hitam, amat menarik perhatian ramai khususnya para petugas jentera pilihanraya di Sungai Limau.

Antaranya di kawasan Sedaka, Dulang Besar, Dulang Kecil, Sungai Dedap, Bukit Choras dan kawasan sekitar. Namun yang paling banyak boleh dilihat adalah di sekitar kawasan pekan Sungai Limau Dalam.

Menurut salah seorang petugas jentera Pas yang ditemui mengatakan, bendera tersebut adalah merupakan lambang Pas yang mewakili pengikut fahaman Syiah yang semakin berleluasa di dalam parti itu.

Pas sebelum ini pernah di desak oleh pelbagai pihak yang meminta agar kepimpinan parti itu mengambil tindakan tegas terhadap ahli mereka yang menganut fahaman sesat itu.

Sebagai contoh salah seorang aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin sebelum ini berkata, ancaman daripada kegiatan Syiah tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan tindakan serius daripada parti itu untuk memecat ahli yang terbabit dalam fahaman itu.

“Ini adalah soal akidah, fahaman Syiah diperangi umat Islam dari zaman berzaman dan pemimpin Pas tidak boleh melihatnya mengikut kepentingan politik.

“Saya cabar mana-mana perwakilan Pas terutamanya Pas negeri Kedah untuk mengemukakan usul pembersihan Syiah dalam muktamar Pas tahun ini agar kita semua tahu perkara ini dibendung secara serius,” katanya.

Pas juga sebelum ini dilihat berbeza pendapat berhubung isu Syiah, kerana pada satu ketika mereka membenarkan fahaman sesat itu memasuki parti itu. Namun di ketika yang lain, mereka mendakwa tiada ahli Syiah di dalam Pas.

Malah apa yang peliknya, mengikut undang-undang tubuh Pas sebenarnya telah mengharamkan ahli parti itu menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sekiranya sebelum ini, parti itu menerima siapa sahaja yang ingin menyokong mereka kerana ingin menang pilihanraya, namun di masa yang sama mereka sebenarnya telah menyebabkan parti itu ‘musnah’ secara diam-diam.

Ini kerana, pengikut sesat Syiah sebelum diketahui mengamalkan ‘takiyyah’ (berpura-pura). Ibarat anai-anai, mereka akan mula memakan sedikit demi sedikit yang akhirnya akan meruntuhkan parti itu.

Berbalik kepada isu di Sungai Limau, Pas sebenarnya terperangkap dengan sendiri. Contohnya sokongan Syiah sesat di Sungai Limau jelas membuktikan semua dakwaan terhadap parti itu sebelum ini. Malah beberapa kejadian seperti pergaduhan, merosakkan bendera BN dikatakan berpunca dari ahli Pas yang berfahaman Syiah.

Hinggakan patung potong kaki yang digantung di sekitar kawasan kempen turut dikaitkan dengan mereka. Malah menurut sumber risikan yang diperolehi, parti itu akan membawa pasukan bermotor Pulau Pinang untuk menimbulkan huru hara.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan jentera BN tidak dapat menembusi beberapa kawasan yang menjadi kubu kuat mereka






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,356PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan