25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 28, 2021

Kemelut Pelantikan YDP MAINPP Bukti Pakatan Pembangkang Tak Bersefahaman – @NajibRazak



GEORGE TOWN  — Kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) membuktikan tiadanya persefahaman antara parti-parti dalam pakatan pembangkang yang menjadi kerajaan di negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pertikaian pelantikan itu menimbulkan banyak persoalan kepada pengundi mengenai bagaimana pakatan pembangkang mentadbir Pulau Pinang.

“Ini (isu pelantikan) saya percaya akan menimbulkan banyak persoalan di kalangan para pengundi kita tentang perjalanan kerajaan negeri dan masa depan kerajaan negeri Pulau Pinang,” katanya.

Najib bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dua perjumpaan tertutup dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India dan Cina anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan pernah berjanji akan memberikan jawatan tersebut kepada Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man jika beliau memenangi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dua tahun lepas.

Namun selepas kemenangan Salleh, kerajaan negeri Pulau Pinang melantik Abdul Malik Abul Kassim, anggota exco negeri, sebagai Yang Dipertua MAINPP dan Salleh sebagai timbalannya.

Atas desakan pelbagai pihak termasuk PAS, kerajaan negeri pimpinan DAP itu kemudian mengemukakan surat kepada Yang di-Pertuan Agong pada 20 Jan lepas untuk memohon perkenan pelantikan Salleh sebagai Yang Dipertua MAINPP.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.