25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

Kempen memburukkan Raja-Raja sudah bermula

Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekarang sekali lagi beliau mahu mengganggu-gugat banteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.

Sudah banyak spekulasi berkeliaran berkenaan isu peletakan jawatan YDPA dan pelantikan YDPA yang baru. Macam-macam teori yang dikongsi oleh netizen, lebih-lebih lagi berkenaan tindakan Tun Mahathir untuk mencampuri urusan Majlis Raja-Raja dalam memilih YDPA yang baru.

Mengikut senarai pemilihan, Sultan Pahang layak menjadi YDPA seterusnya diikuti oleh Sultan Johor dan Sultan Perak. Namun terdapat berita yang mengkhabarkan bahawa Sultan Pahang tidak berminat untuk menjadi YDPA dan tentunya nama Sultan Johor sebagai YDPA menggerunkan Tun Mahathir.

Atas sebab inilah, Tun Mahathir telah berkongsi satu peringatan kepada raja-raja bahawa mereka tidak akan terkecuali daripada pelaksanaan undang-undang melalui blog bertajuk “Rule of Law” yang secara jelas, berat dengan ugutan terhadap raja-raja.

Prinsip ‘Rule of Law’ memang wajar ditegakkan tanpa pengecualian. Namun dalam konteks sekarang, prinsip ini bagaikan diguna hanya untuk tujuan politik dan tidaklah ikhlas untuk menegakkan undang-undang.

Contohnya, di manakah prinsip ‘rule of law’ dalam kes rasuah Lim Guan Eng? Kes yang ternyata jelas wujud elemen salah laku telah digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang dipilih oleh Tun Mahathir. Kes tersebut sepatutnya diteruskan agar Lim Guan Eng dapat bersihkan nama beliau jika tidak bersalah bukan diselamatkan dengan cara mudah melalui pengguguran kes.

Di manakah juga prinsip ‘rule of law’ dalam kes kematian anggota bomba Arwah Adib? Rusuhan kuil yang telah bertukar menjadi rusuhan perkauman kerana diapi-apikan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah mengorbankan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.

Hingga hari ini, masih tiada berita keadilan akan ditegakkan. Dalam kes yang sama, prinsip ‘rule of law’ turut dibelakangkan apabila keputusan mahkamah dengan sesuka hati telah dihiraukan oleh kerajaan apabila kuil haram tersebut ingkar untuk berpindah walaupun wang pampasan telah diambil.

Begitu juga dengan peristiwa berdarah Memali. Di manakah prinsip ‘rule of law’? Sehingga kini ramai masih tertanya-tanya kenapa begitu ramai anggota keselamatan dikerah untuk menangkap seorang Ibrahim Libya? Pemimpin Pakatan Harapan yang dahulu memperjuangkan pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran sekarang diam membisu apabila sudah berkuasa.

Apa sebenarnya nilai prinsip ‘rule of law’ bagi Kerajaan Pakatan Harapan? Bukti-bukti yang disenaraikan secara terang menunjukkan bahawa Tun Mahathir dan kerajaannya amat hipokrit dalam menegakkan dan serta menghormati undang-undang.


Mereka bukanlah malaikat seperti yang mereka ingin tonjolkan.

Lebih penting lagi, perkongsian blog ‘Rule of Law’ ini adalah satu permulaan rasmi kempen media memburukkan raja-raja oleh Tun Mahathir walaupun sebelum ini penasihat kanan beliau A Kadir Jasin telah pun secara tidak rasmi memulakan kempen memburukkan YDPA.

Ini bukanlah perkara baru tetapi satu modus operandi yang sama digunakan oleh Tun Mahathir ketika krisis Perlembagaan untuk mengekang kuasa raja-raja pada tahun 1992-1993. Ketika itu, akhbar-akhbar yang dikawal Tun Mahathir telah menerbitkan pelbagai cerita yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap institusi diraja. Terdapat juga fitnah-fitnah yang telah disuap kepada rakyat supaya dapat memberi justifikasi kepada tindakan Tun Mahathir ketika itu.

Contohnya kisah Prebet Adam yang memberi gambaran bahawa raja zalim harus ditentang. Media telah mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur 2 tahun dalam tragedi rumah terbakar. Menurut perkongsian Tunku Makhota Johor, Prebet Adam telah dipaksa untuk mengaku mengamuk kerana Sultan Johor ketika itu telah membunuh adiknya. Lebih memeranjatkan, keluarga Prebet Adam sendiri telah memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor kerana terpalit dengan fitnah tersebut dan menjelaskan bahawa kejadian mengamuk tersebut berlaku kerana Prebet Adam menghadapi masalah di tempat kerja.

Sejarah mengajar kita untuk tidak mudah terpedaya. Jika dulu kita bergantung kepada maklumat daripada akhbar utama yang dikawal kerajaan, kini kita mempunyai alternatif untuk mengesahkan maklumat tersebut melalui internet yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan.

Tun Mahathir bagaikan tidak belajar daripada protes ICERD. Orang Melayu telah bersatu apabila beliau mengumumkan Malaysia akan ratifikasi ICERD di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Keputusan beliau bagaikan menjolok sarang tebuan dan sekarang sekali lagi beliau mahu mengganggu-gugat banteng pertahanan terakhir orang Melayu dan Islam melalui kempen negatif terhadap institusi diraja.

Insaflah Tun Mahathir.

Oleh: Firdaus Muhammad

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

  1. yang pasti t.m bukan melayu..t.m bukan keturunan melayu dan t.m punca perpecahan bangsa melayu dan t.m akan tetap perlekehkan bangsa melayu….ini lah nasib malaysia baru yang di inginkan oleh pengundi yang tiada kesedaran…mudah di tipu dan di perbodohkan oleh komunisDAPPAP/PH..semua nak tunggu kena semua nak tunggu terjadi…

  2. yang pasti t.m bukan melayu..t.m bukan keturunan melayu dan t.m punca perpecahan bangsa melayu dan t.m akan tetap perlekehkan bangsa melayu….ini lah nasib malaysia baru yang di inginkan oleh pengundi yang tiada kesedaran…mudah di tipu dan di perbodohkan oleh komunisDAPPAP/PH..semua nak tunggu kena semua nak tunggu terjadi…

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...