Kertas Kelabu Felda - pakdin.my

Masuk para 11 ucapan Azmin Ali membentangkan Kertas Putih Felda sahaja saya sudah membuat kesimpulan ia ditulis oleh satu pasukan yang bermotifkan politik sahaja.

Menukar nama Perdana Menteri Najib Razak kepada MO1 adalah tindakan kebudak-budakkan.

DOJ menamakan MO1 kerana mereka tidak mahu menyebut nama Najib Razak secara langsung. Ini kerana kekurangan bukti dan juga Najib bukan pihak dalam pendakwaan.

Sebaliknya kertas putih Felda jelas telah menyebut nama Najib Razak. Apa keperluan memberi kod nama lagi?

Ia tidak lain bertujuan mencemuh dan menghina. Apakah ini asas sebenar sesuatu kertas putih ditulis?

Kertas Putih Parlimen sepatutnya memberi pelbagai perspektif yang telus dan bertujuan mengenal pasti permasalahan. Sebab itu ia dipanggil “White Paper”.

Lebih enam bulan menunggu Kertas Putih Felda rupanya hanya mengandungi 40 para sahaja. Tiada apa yang teknikal dan forensik.

Data yang dipaparkan hanyalah fakta sedia ada yang diolah semula tanpa penjelasan seimbang pro dan kontra dalam sesuatu keputusan Felda.

Jadi keseluruhan Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Parlimen hari ini adalah rekayasa fakta bagi memburukkan pentadbiran lalu sahaja bukan mencari punca dan realiti kewangan Felda.

Maka Kertas Putih Felda ini tidaklah seputih namanya. Eloklah dinamakan Kertas Kelabu Felda.

https://pakdin.my/tag/felda

UTAMAPOLITIKKertas Kelabu Felda

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium