25.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

(video) Kes bunuh Syafiah Humaira Sahari – Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Penjara 18 Tahun

Kes bunuh Syafiah Humaira Sahari
Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, yang didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari, 3 tahun iaitu anak teman wanitanya.
Panel lima hakim yang diketuai Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, membuat keputusan itu selepas selesai mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

 
Tertuduh sebelum ini terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian kanak-kanak itu.
Mahkamah Rayuan sebelum ini memutuskan sabitan bagi kesalahan membunuh terhadap tertuduh adalah tidak selamat berikutan terdapat keraguan siapa menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala kanak-kanak itu.
Mohd Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira, di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini, pada 6.30 petang, 25 Februari 2010.
Bagi perbuatan itu dia dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
 

Kes bunuh budak perempuan 3 tahun, Syafiah Humaira Sahari di Hulu Selangor 3 tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan mahkamah rayuan iaitu pemandu teksi yang didapati bersalah dalam kes itu dipenjara 18 tahun.

Keputusan dibuat panel 5 hakim diketuai Tan Sri Hamid Embong selepas menolak rayuan pihak pendakwaan.

Mohd Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira yang ketika itu anak teman wanitanya pada 25 Februari 2010 di kawasan rumah murah, Ulu Yam Lama, Batang Kali.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...