26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

KILANG TANAMAN MAMPU TAMPUNG BEKALAN MAKANAN NEGARA

Kilang tanaman atau lebih dikenali sebagai ‘plant factory’ mampu menjadi industri yang besar dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha menjamin bekalan makanan negara, kata Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Datuk Dr Sharif Harun.

Beliau berkata teknologi terkini dalam amalan pertanian bandar itu telah dipraktikkan di beberapa negara termasuk Singapura bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian.

Katanya konsep yang sesuai untuk sayur-sayuran hijau itu juga lebih bersih memandangkan ia tidak menggunakan racun serangga kerana ditanam di dalam bangunan, berbanding penanaman di tanah terbuka.

“Dari segi teknologi, MARDI sudah ada dan kita juga ada buat kecil-kecilan.

Jika konsep ini berdaya maju dari segi dapat seimbangkan harga sayur dan kos operasi, ia boleh dilaksanakan.

“Secara peribadi saya rasa dalam masa lima tahun ia akan menjadi perniagaan yang besar kerana konsep ini baru bermula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Our Food Our Future di ibu pejabat MARDI, di sini Selasa.

Persidangan yang dihadiri lebih 200 peserta itu diadakan sempena Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang akan berlangsung pada 1 hingga 11 Disember ini.

Sharif berkata pertanian di bandar telah dipraktikkan di negara-negara maju sebagai inisiatif memenuhi permintaan tinggi di kawasan bandar berikutan pertambahan penduduk, selain mengurangkan kos pengeluaran makanan.

“Pertanian di bandar dapat mengurangkan kos pengangkutan, contohnya kos membawa sayur dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur agak tinggi kerana perjalanan yang jauh. Jika dikeluarkan di bandar, kos akan lebih murah,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi mengatasi masalah kekurangan tanah pertanian, katanya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan terus mendapatkan kerjasama kerajaan negeri bagi menambah kawasan yang digazetkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Katanya setakat ini, 27 kawasan telah digazetkan sebagai TKPM di seluruh negara.

20161108-plant-factory-tanaman-bandar

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan