Krisis PAS – DAP: Mike Tyson nak jadi HERO - pakdin.my

muhammad-muhd-taib

Ini kisah ‘penyapu baru PAS’ Tan Sri Muhamad Muhd Taib yang cuba nak jadi orang tengah dalam krisis antara PAS dan DAP.

Mat Taib yang sebelum ini ‘sedikit merajuk’ dengan PAS yang membersihkan kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim (Anwarinas) petang Khamis keluarkan kenyataan cuba mendamaikan antara PAS dan DAP.

Menariknya, kenyataan Mat Taib itu dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat yang biasanya menghantar kenyataan ketua penerangan parti tersebut, jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Mahfuz Omar.

Ketika krisis kepimpinan dalam PAS selepas pemimpin yang kalah menolak perlantikan semula secara ‘block’… apakah Mat Taib menghidu peluang atau memang sudah ditawarkan jawatan tertantu…?

Dalam kenyataan medianya, Mat Taib berkata pimpinan tertinggi PAS dan DAP perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani konflik yang berlaku sekarang ini.

“Buat permulaan, saya ingin mencadangkan DAP supaya menarik balik kenyataan untuk memutuskan kerjasama dengan Presiden PAS, Datok Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

“Saya juga memohon Ahli Majlis Syura Ulamak dan pimpinan tertinggi PAS supaya dapat mengambil satu sikap yang dapat menyelamatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mat Taib ‘menasihatkan’ Pengerusi DAP Selangor Tony Pua agar tidak memberi tekanan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya memilih antara DAP dengan PAS.

“Ini kerana kenyataan tersebut tidak mencerminkan semangat Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat besar oleh rakyat negeri Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu,” katanya.

Mat Taib masuk PAS sebelum PRU13 lalu selepas menyepi dari politik sejak kalah bertanding Timbalan Presiden UMNO dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2009.

Tidak memegang apa-apa jawatan sejak itu, tapi Mat Taib selalu diarak oleh bahagian penerangan PAS untuk memberi ceramah.

Apakah kenyataan terbaru beliau ini dan disebarkan Lajnah Penerangan PAS membawa indikasi tertentu, atau sebagai orang lama dalam sepak terajang politik, beliau hendak jadi hero damaikan dua parti PAS dan DAP dan sekaligus selamatkan pakatan pembangkang dari berpecah.

Sama-sama kita tunggu apa percaturan Mat Taib kali ini – AGENDADAILY.COM

UTAMAPOLITIKKrisis PAS - DAP: Mike Tyson nak jadi HERO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium