Statistik Corona

Malaysia
2,185,131
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
1,968,538
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
191,434
Active
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Malaysia
25,159
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,208,013
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
4,023,777
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Indonesia
141,467
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Thailand

Thailand
1,561,638
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
1,422,907
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
Thailand
16,268
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Global

All countries
232,360,218
Confirmed
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
207,251,469
Recovered
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm
All countries
4,758,748
Deaths
Updated on September 26, 2021 12:07 12:07 pm

Lelaki guna wang syarikat RM600,000 langgan laman pornografi

LONDON – Seorang penerbit program dokumentari televisyen yang telah membelanjakan wang sebanyak £100,000 (RM577,441) milik syarikat dia bekerja untuk membiayai ketagihannya terhadap laman pornografi terselamat daripada dipenjarakan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Mark Johan Insanally, 55, sebelum ini mengaku menyalahgunakan wang syarikat dengan menonton laman web lucah ketika terlibat dengan program televisyen National Geographic.

Dia ditangkap kerana menggunakan dana milik majikannya, Ventureland untuk menonton siaran pornografi secara langsung ketika dilantik untuk membantu pasukan produksi tersebut yang didapati telah ‘membelanjakan wang melebihi bajet’.

Pendakwa raya Peter Lancaster memberitahu mahkamah bahawa seorang akauntan Ventureland berasa curiga selepas terlihat nama satu laman web dalam senarai transaksi syarikat.

Insanally cuba menghilangkan syak wasangka itu dengan berkata bahawa rakannya dari Amerika Syarikat membekalkan rakaman arkib kepadanya yang diambil dari laman web terbabit.

Bagaimanapun, selepas mendapati adanya bayaran sama dibuat sejurus selepas itu, Insanally akhirnya mengaku mempunyai ketagihan terhadap pornografi.

Dalam perbicaraan di mahkamah, tertuduh didapati membelanjakan lebih £108,137 (RM624,065) dalam satu kad debit.

Sementara itu, Peguambela, Kieran Galvin berkata, Insanally mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi selain tinggal bersama ibu dan adik perempuannya yang berada di rumah kerana mempunyai masalah jantung.

“Saya sangat menyesal kepada mereka yang menaruh kepercayaan kepada saya serta malu dan terhina kerana telah membiarkan tingkah laku saya yang menjijikkan ini menjadi tidak terkawal,” demikian kenyataan yang dibacakan kepada mahkamah oleh Galvin bagi pihak Insanally.

Insanally mengaku bersalah atas tuduhan pecah amanah antara Oktober 2019 hingga November 2020. – Agensi

Berkaitan