27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2020

Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh ketua jururawat

Seorang lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin, Mei tahun lepas.

Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Gilbert dituduh membunuh Siti Kharina di satu unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya antara pukul 12.41 pagi 9 Mei 2019 hingga 2.30 petang, 15 Mei tahun sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hazizah Kassim.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan prosiding perbicaraan dijalankan pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 September depan.

Pada 16 Mei tahun lepas, media melaporkan penemuan mayat Siti Kharina selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang melihat darah mengalir keluar daripada unit kondominium berkenaan.

Mayat ketua jururawat itu ditemukan terbaring dalam keadaan tidak berpakaian lengkap selain terdapat kesan kelar pada dada, leher serta kepala mangsa dan polis percaya Siti Kharina dibunuh dalam tempoh empat hingga lima hari berdasarkan keadaan fizikalnya. ― Bernama

BERKAITAN:

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat saya, apapun akhir katanya, ingatlah kepada satu sahaja. UMNO dan BN...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan