29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 29, 2020

Panel penilaian SPRM sangkal laporan Malaysian Insider

Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia “mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti dilaporkan dalam portal berita Malaysian Insider pada Khamis.

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata Panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada Panel.

“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan.

Hamid berkata Panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak”.

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.

Bagaimanapun, katanya, Panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh Panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.

“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM,” katanya.

“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.”

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan