Pas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah – Wan Ismail - pakdin.my

Seorang bekas anggota Dewan Ulama PAS Kelantan berkata kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah berhubung kebebasan beragama baru-baru ini melanggar prinsip akidah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata bagaimanapun Dewan Ulama PAS Pusat menolak perbahasan mengenainya di Muktamar ke-51 semata-mata bagi menjaga hati Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Harun Taib menolak isu itu diperbahaskan pada muktamar ke-51 Dewan Ulama Pas Pusat di sini semalam atas alasan ia merupakan isu kecil yang tidak perlu diperbahaskan.

Wan Ismail berkata agenda utama PAS kini adalah menawan Putrajaya dan parti itu memandang perkara lain yang menggugat matlamat itu, sebagai perkara remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Kenyataan Datuk Harun Taib tak nak sentuh pasal Nurul Izzah takut Anwar Ibrahim kecil hati sebab orang PAS puja Anwar. Kalau menang (pilihan raya umum) Anwar boleh jadi perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

++++

Forum on ‘Islamic state: Which version? Whose responsibility?’
Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?
Date:     9 am to 12 noon, 3rd November 2012 (Saturday)
Venue:     Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles, USJ, Selangor
No 5 Jalan TP4, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya
http://www.ohmsi.net/index.cfm?&menuid=89

UTAMAPOLITIKPas Nak Jaga Hati Anwar Walaupun Kenyataan Nurul Izzah Langgar Prinsip Akidah...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium