28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2020

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa pro-tem dengan PPBM untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), kata 2 sumber dalaman parti itu.

Seorang daripada mereka berkata, PAS mahu mengimbangkan “kekuatan” Umno berbanding parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

“PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dan PPBM. Ini akan menyaksikan Umno bergantung pada PAS melalui MN, dan PPBM berpaut pada parti itu dalam PN,” katanya kepada FMT.

Semalam setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa parti itu merupakan sebahagian daripada jawatankuasa pro tem dengan PPBM untuk mendaftarkan PN secara rasmi.

Takiyuddin bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) akan turut menyertainya.

Umno sebelum ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkuatkan MN, iaitu gabungan politiknya dengan PAS.

Sumber dalaman itu juga berkata, PPBM bukan ancaman kepada PAS, tidak seperti Umno yang mempunyai lebih ramai ahli Parlimen.

“Ini menjadikan Umno lebih kuat dan mungkin tidak memberikan kerusi mereka kepada PAS dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya.

Justeru, PAS menggunakan PPBM “untuk mengimbangi Umno dan sekali gus menggunakan Umno untuk menekan PPBM.”

Beliau berkata, PAS mahu menjadi pemain utama dalam pilihan raya akan datang.

Umno memerlukan PAS untuk membentuk kerajaan dengan menarik undi orang Melayu, tetapi PAS sedar langkah itu lebih memberi manfaat kepada Umno yang akan memenangi lebih banyak kerusi.

Dalam pada itu katanya, PPBM memerlukan PAS kerana ia tidak mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.

“Ketiga-tiga parti Melayu ini mahu mengimbangi satu sama lain. Mereka tidak mahu menyuarakannya secara terbuka, jadi mereka saling ‘bersilat’ secara tidak langsung,” katanya.

Sumber lain berkata, kenyataan Takiyuddin itu juga bertujuan mempersiapkan parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.

“Mereka tahu Umno tidak akan memberikan bilangan kerusi yang PAS mahu dalam pilihan raya itu. Bagi menghadapi keadaan itu, mereka akan melancarkan logo serta bendera PN tidak lama lagi sebagai ujian dalam PRN Sabah,” katanya.

Beliau berkata, beberapa parti di Sabah dijangka menyertai PN.
“Umno fikir ia kuat, tetapi mereka tidak akan pergi jauh tanpa parti lain.”

Minggu lepas, presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu akan menyertai MN, sekali gus mencetuskan reaksi berbelah bagi dalam kalangan pemimpin Umno.

Sebahagian mereka mengalu-alukan kemasukan PPBM, sementara yang lain mengingatkan parti itu supaya tidak menuntut kerusi.

BN mempunyai 42 kerusi Parlimen, PPBM 32 dan PAS 18. – FMT

Berita Berkaitan

Remaja naif

KEBELAKANGAN ini isu membabitkan remaja ditahan dalam pesta liar semakin kerap dan perkembangan itu...

Hukum Gantung Kerana Menghina Rasulullah

Jika kita imbas semula bagaimana penghinaan yang dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia terhadap Junjungan...

Siasat Lim Guan Eng dari A-Z, baru adil

Saya ingin bertanya kepada SPRM, sudahkah akaun dan aset Lim Guan Eng dibekukan? Takut...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu...

[Video] Jangan main-main dengan sumpah laknat di mahkamah

Siapa kenal Johnny Frank Garrett? Dia dihukum mati sebab dituduh merogol dan membunuh. Masa dihukum mati,...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan