24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

PAS sudah sedia kerjasama dengan UMNO dan kerajaan BN

pas-sedia-kerjasama-dengan-umno

PAS melakukan kejutan dengan sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perkara tersebut adalah pendekatan terbaru yang diambil oleh parti Islam itu dengan menolak segala fahaman politik yang berbeza.

“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.

“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, Selasa yang disertai ahli-ahli parlimen PAS lain.

Menurutnya lagi, keputusan terbaru ini bukan satu tindakan berpatah balik (u-turn) namun lebih bersikap professional dengan semua pihak demi kepentingan rakyat.

“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman lebih jauh daripada parti lain, kita dah menyertai kerajaan campuran pada zaman 1970 an, 74 masuk BN, keluar balik.

“Kata kita tak akan bekerjasama dengan Barisan tu tak betul, kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama yang tak baik,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Mengulas lanjut, kerjasama yang dikatakan itu termasuklah bersama dengan parti pembangkang lain iaitu PKR, DAP dan PAS, namun menegaskan tidak akan sesekali menyertai Pakatan Harapan.

“Kita bekerjasama dengan semua termasuk DAP, PKR dan PAS, cuma kita tak akan sertai Pakatan Harapan sebab kita tak ada harapan dengan harapan yang tak sampai destinasi, macam saya sebut tadi, nak pergi Kuantan ikut jalan ke Kuala Lipis, mana boleh sampai,” sindirnya.

Katanya, PAS lebih selesa mengambil langkah untuk berdiri sendiri kerana parti Islam itu mempunyai kekuatan sehingga parti lain menumpang pada kekuatan yang ada pada PAS.

“Bukan sahaja boleh bersendiri, malah dah lama kita bersendiri pun, banyak parti lain bergantung dengan parti kita, kita ada banyak cawangan, demo jalanan pun PAS tak sertai, ramai orang Islam tak hadir, kamu boleh saksikan, ini kekuatan yang ada pada kita.

“Bagi orang Islam dan bukan Islam yang nak perubahan, mereka perlu pilih PAS,” ujarnya.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan