Thursday, June 24, 2021
BERITAPenduduk Apatment Teratai, Taman Bunga Raya dijangka dibenarkan pulang

Penduduk Apatment Teratai, Taman Bunga Raya dijangka dibenarkan pulang

wpid-tanah-mendap-taman-bunga-raya-lokasi.jpg

Hulu Selangor: Penduduk Blok K dan L Pangsapuri Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung yang terjejas akibat tanah runtuh pada 20 Oktober lalu dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada petang Ahad atau Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, berdasarkan pemantauan yang dibuat daripada awal operasi ini, struktur bangunan Blok K dan L adalah selamat untuk diduduki.

“Sehingga kini, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang giat memasang cerucuk penghadang besi bagi mengekang pergerakan tanah dan meminimakan risiko yang berlaku,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Pangsapuri Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, di sini, tadi.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor menambah, JKR juga sedang memasang kanvas untuk menghalang air dari terus meresap masuk ke cerun itu dan pemasangan ini dijangka akan selesai esok.

“Selepas pemasangan cerucuk penghadang besi ini selesai, pemantauan secara teliti selama 24 jam akan dibuat bagi memastikan tiada lagi sebarang pergerakan tanah daripada berlaku,” katanya lagi.

Selepas melihat hasil pemantauan itu dan didapati tiada lagi berlaku sebarang pergerakan tanah, barulah akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here