Saturday - July 31, 2021 @ 09:40
NASIONALSABAHPenduduk Kampung Air Perlu Dipindah Kerana Terdedah Ancaman Penceroboh - Dr Mahathir

Penduduk Kampung Air Perlu Dipindah Kerana Terdedah Ancaman Penceroboh – Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penduduk perkampungan air di perairan Sabah perlu dipindahkan kerana mereka berkemungkinan terdedah dengan ancaman kumpulan penceroboh luar.

Beliau berkata penempatan di kawasan itu yang tidak teratur akan menyukarkan proses kawalan oleh pasukan keselamatan negara.

Dr Mahathir diminta mengulas perkara itu susulan gesaannya pada Khamis lepas agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah dibina di atas penempatan kampung air.

“Kita perlu pindahkan mereka tetapi kita perlu cari tanah untuk mereka dan kita perlu kenal pasti di antara mereka siapa yang merupakan warganegara kita, mereka yang merupakan warga asing serta golongan yang tidak mempunyai sijil pengenalan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan cek bernilai RM5 juta oleh Petronas kepada Yayasan Penyelidikan Inisiatif Kanser (Carif) di Menara Berkembar Petronas di sini, Isnin.

Menurut laporan, enam anggota polis terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di laluan jalan kaki di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Johor pada pilihan raya umum ke-13 akan datang tidak akan memberi kesan sama sekali kepada Barisan Nasional (BN).

“Saya ingat kalau dia nak pergi Johor, silakan, saya fikir Johor mahu melihat beliau bertanding di sana,” katanya.

Lim semalam mengumumkan bahawa DAP akan bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah di Johor dan kerusi parlimen Bentong di Pahang, yang menjadi rebutan antara parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here