Penyokong kem Anwar, Azmin ‘perang’ pantun isu video bersemburit, Gerakan

Sibuk berpantun dan bersemburit, bila masa nak fikir masalah rakyat terutama masalah air di Selangor?

Hancur pentadbiran negara dan negeri kalau dah pemimpin parti rejim pemerintah sibuk dengan hal peribadi dan bergaduh sama sendiri berebut kuasa.

……….

Walaupun pimpinan tertinggi PKR dilihat berbalah sesama sendiri dalam isu politik khususnya kes video lucah, uniknya ‘perang’ sesama penyokong parti itu bersulam seni tradisional Melayu ― pantun.

Menggunakan tanda pagar #kekaltenang, menteri besar Selangor Amiruddin Shari, dianggap kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilihat antara yang terawal memulakan pantun pada 23 Julai lalu.

Pantun itu dibalas Mohd Zulfadzli Abdul Halim yang menggunakan akaun Bumilangit dan dipercayai cenderung menyokong presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari penggunaan kata berunsur estetika seperti Amirudin, penyokong kem Azmin iaitu Saifuddin Shafi dan Habib Mazlan berpantun dengan memilih gaya santai.

Terbaru, ketua penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar, yang kini dilihat menyokong kem Anwar turut menitipkan pantun dua kerat, kali ini menyentuh isu politik rentetan kes video.

Beberapa penguna Twitter, tidak dapat dipasti menyokong kem mana, turut berpantun. Ini antaranya:-

Pantun timbalan menteri industri utama dipercayai ada kaitan dengan ura-ura Azmin bakal menyertai Gerakan sekalipun desas-desus tersebut dinafikan setiausaha politik menteri hal ehwal ekonomi Hilman Idham.

Ura-ura Azmin meninggalkan PKR tercetus berikutan kes video seks yang mirip dirinya. Namun, polis sudah mengesahkan pelaku dalam rakaman tidak dapat dipastikan.