27.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

PRK Teluk Intan: Pesanan Tunku Aziz kepada calon DAP “… buka mata dan fikir apa DAP buat”

teluk-intan-calon-dap-layak-jadi-pelakon

AgendaDaily: Calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud harus membuka mata dan belajar untuk berfikir secara kritis dan melihat dengan lebih luas bagi memastikan beliau tidak terus hanyut dengan corak permainan politik parti itu.

Malah Dyana perlu meneliti sebab atau punca mengapa bekas pemimpin DAP mengambil keputusan untuk meninggalkan parti cauvinis itu sebelum ini

Ini antara ingatan dan nasihat bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika diajukan berkenaan wanita Melayu yang jadi calon DAP itu.

“Nasihat saya kepadanya, sentiasa buka mata dan sentiasa mendengar. Juga lihat kepada setiap langkah dan keputusan yang diambil DAP, dan lihat juga langkah kamu (Dyana) sendiri adakah kamu mempertahankan keistimewaan Melayu itu sendiri.

“Kenapa saya cakap begini, ini kerana DAP sudah lama mengatakan bahawa mereka tidak menentang Melayu, dan mereka adalah parti berbilang kaum, tapi saya rasa semua tahu bahawa DAP bukan satu parti yang demokratik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Dyana perlu belajar untuk melihat dengan ‘critical eye’, dia juga perlu belajar melihat kepada larger interest of the Malays.


“Dia juga seorang Melayu dan dia juga cakap bahawa dia tidak mahu kepada perbezaan kaum dalam politik.

“Sebenarnya pada saya, apa yang dia cakap itu hanyalah suara yang selama ini Lim Kit Siang cakap, Lim Guan Eng cakap dan juga apa juga mendiang Karpal Singh selalu cakap, tetapi hakikatnya parti untuk kaum Cina,” jelasnya.

Menjawab soalan katanya, Dyana sudah mengkhianati orang Melayu apabila sudah meningkari janjinya untuk tidak mengkhianati Malaysia dengan kenyataan supaya membuka kemasukkan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak hanya untuk orang Melayu.

Beliau juga menyifatkan, nasihat yang dikeluarkan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam selepas selesai proses penamaan calon di Teluk Intan tidak diserap baik oleh anak muda itu.

“Dia sudah menjadi pengkhianat pun pada hakikatnya dengan kenyataan untuk membuka UiTM kepada semua kaum, sebab kerajaan selama ini mengusahakan untuk menyediakan pendidikan kelas pertama kepada kaum Melayu.

“Paling tidak sepatutnya dia fikir berkenaan orang Melayu yang lain, jangan sebab dia sudah ada ijazah dan sudah tidak belajar di situ lagi maka saya tidak perlu fikir lagi berkenaan orang lain,” katanya.

Berita Berkaitan

Agong isytihar Batu Sapi darurat, PRK batal

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

PRK Batu Sapi: BN tidak letak calon, fokus kesihatan rakyat – Zahid Hamidi

Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...