Rakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin, Ahli PPBM Selamba Ingkar SOP - pakdin.my

Pengabaian prosedur operasi standard (SOP) paling asas itu dikesan berlaku dalam rombongan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam.

Warganet mempersoal bagaimana situasi itu boleh berlaku ketika ratusan individu ditahan setiap hari atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk tiada penjarakan fizikal.

Semalam contohnya, 74 daripada 590 individu yang ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tiada penjarakan fizikal.

Hantaran berserta foto di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan rombongan yang mengiringi Muhyiddin di MAEPS semalam juga dikatakan telah dipadam.

Pengguna Facebook, Nurul Aisyah Rahman menyoal sama ada KKM mahu menyorok wujudnya situasi pelanggaran SOP.

“Kenapa KKM padam post ini? Sebab kantoi tiada penjarakan fizikal ke? Takkan nak sembunyikan kesalahan.

“Kami rakyat marhaen ni terus kena saman RM1,000 kalau berhimpun ramai ramai macam tu. Tolong Abah jangan double standard,” katanya.

‘Kantoi’

Dalam masa sama, PPBM Bahagian Merbok di Kedah juga ‘kantoi’ dikatakan memadam gambar mereka beramai-ramai tanpa menjaga jarak fizikal.

Walau bagaimanapun, dua gambar yang memaparkan kira-kira 20 individu lelaki dan wanita berdiri tanpa menjaga jarak fizikal itu sempat disimpan warganet.

Bahkan, majoriti daripada mereka tidak memakai pelitup muka sekali gus menguatkan tanggapan warganet bahawa orang politik terutama daripada parti kerajaan ‘kalis’ daripada dikenakan tindakan ingkar SOP.

Satu lagi gambar yang mengabaikan SOP tular membabitkan ahli dipercayai Wanita PPBM di kaunter pendaftaran keanggotaan parti itu di sekitar Dungun, Terengganu.

Orang ramai berang terhadap individu tersebut yang membiarkan pelitup muka di dagu walaupun berada di lokasi sesak.

Ramai menganggap dia dari parti yang berada dalam kerajaan hilang majoriti Perikatan Nasional (PN) itu mungkin tidak dikenakan tindakan ingkar SOP.

“PKP ke gaung. SOP ke laut. Tak pelik angka Covid-19 bertambah macam buih di pantai.

“Teringat adik yang kena saman RM1,000. Hanya kerana pelitup muka diletak bawah dagu, semasa dia mengemas meja makan tempatnya cari rezeki untuk bantu keluarganya,” keluh Fadz Abdullah.

Gambar ahli PPBM Bahagian Merbok yang tidak memakai pelitup dan tidak menjaga jarak ini juga telah dipadam.
Warganet mendesak individu dengan pelitup muka di dagu ini turut dikompaun sama seperti rakyat marhaen lain.
UTAMAPOLITIKRakyat Biasa Dikompaun Tapi Rombongan Muhyiddin, Ahli PPBM Selamba Ingkar SOP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium