27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Rejim Pakatan Harapan DAP ZALIM terhadap Sarawak, tarik balik projek tiga jambatan

Seorang wakil rakyat Sarawak memberi amaran kepada Putrajaya agar jangan menganggap rakyat Sarawak bodoh selepas kerajaan persekutuan menarik balik projek pembinaan 3 jambatan atas alasan kekangan wang.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri berkata, beberapa wakil rakyat Sarawak membangkitkan isu pembinaan jambatan di Igan, Rambungan dan Batang Lupar dan pembangunan lain di Dewan Rakyat tetapi alasan diberi sama sahaja.

“Kerajaan persekutuan atau mana-mana parti memerintah harus beri kemudahan ini untuk kegunaan rakyat Sarawak. Tidak bolehlah kata tidak ada duit. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan di Dewan Rakyat, menteri asyik kata tunggu lagi.


“Kami bukannya bodoh, cakap duit tidak ada tetapi sebenarnya banyak duit. Kalau jadi pemimpin, jadilah pemimpin untuk semua rakyat. Masa pilihan raya bolehlah bergaduh untuk menang tetapi lepas pilihan raya janganlah berdendam,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengkritik Putrajaya dan menggelarnya buruk siku selepas menarik balik projek pembinaan 3 jambatan itu dan beberapa projek lain.

Menurut Abang Johari, tindakan menarik balik pembinaan jambatan itu selepas diluluskan sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) dilihat janggal ketika Putrajaya bersungguh-sungguh mahu menghasilkan kereta terbang pertama negara.

Nancy berkata, bukan setakat 3 projek jambatan itu sahaja yang ditarik balik, projek-projek pembangunan kecil lain, yang bernilai RM20,000 hingga RM30,000 juga dibatalkan.


“Betapa kejamnya kerajaan yang ada pada hari ini. Saya kata demikian kerana kami merasainya, saya bersyukur kerana kerajaan Sarawak dapat berikan kami peruntukan. Jika tidak diberikan peruntukan, kami turun ke kawasan tidak ada duit,” katanya.

Nancy berkata, walaupun negerinya dikatakan ketinggalan namun banyak projek hendak dilaksanakan disitu dan banyak pihak hendak berkawan dengan orang Sarawak.

“Mereka hendak gunakan sebagai proksi. Saya cakap betul, jangan perbodohkan kami, kerana ini adalah hak orang Sarawak,” katanya.

Menurut Nancy, mana-mana pihak mempersoalkan apakah sumbangan Barisan Nasional (BN) selama 55 tahun di Sarawak harus melihat semula diri mereka, memandangkan setiap pembangunan di negeri berkenaan dilakukan kerajaan terdahulu.


“Ada yang kata BN memerintah selama 55 tahun, apa yang BN lakukan. Jangan malukan diri sendiri, jangan soal kami sedemikian. Jika tidak kerana BN, anda bersekolah di mana? Jalan mana yang anda lalui? Setakat ini mana dia legasi dari PH?

“Jangan sombonglah, semua keindahan dan pembangunan di Sarawak itu daripada kerajaan BN. Saya marah sebab kami sudah buat kerja. Kami dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak malu berjalan mendongakkan kepala. Kami bangga kerana tahu sudah jalankan tugas dengan baik,” katanya.

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan