24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, March 8, 2021

Sekolah mesra pelajar OKU: Lembu punya susu, sapi dapat nama

Ada satu tulisan dapat hampir 40 ribu like sebab cerita pasal kesungguhan Maszlee Malik mewujudkan Zero Reject Policy yang mana sekolah mesti menerima murid kurang upaya.

Inilah yang digembar-gembur oleh Maszlee dua minggu sebelum beliau dipecat.

Tidak sepatah pun dinyatakan bahawa polisi ini adalah dalam pelan pendidikan sebelum ini yang telah mula dilaksanakan infranya sejak zaman Mahdzir Khalid.

Rujukan:
[1] Semua sekolah mesra OKU menjelang 2020
https://www.bharian.com.my/node/251648

[2] Boleh buat carian Google
https://www.google.com/search?q=Sekolah+Mesra+OKU+Mahdzir

Ab Jalil Backer

………
Semua sekolah mesra OKU menjelang 2020

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mensasarkan semua sekolah di negara ini dilengkapi kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) menjelang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid, berkata bagi mencapai matlamat itu, beliau berharap lebih banyak pihak swasta tampil bekerjasama dengan kementerian menyediakan kemudahan berkenaan.

Katanya, setakat ini, hanya RHB Bank melalui Yayasan RHB yang menjalinkan kerjasama dengan pihaknya di lima sekolah terpilih.

“Bagi pihak kementerian, kita sendiri akan ambil tanggungjawab berkenaan untuk menyediakan kemudahan mesra OKU di sekolah baharu yang bakal dibina kelak.

“Bagi sekolah yang sudah lama dibina, kita perlu mencari rakan strategik lain untuk membiayai kemudahan berkenaan. Justeru, kita mengalu-alukan pihak swasta untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.