Sony Xperia Z4 Di Pasarkan Dengan Nama Xperia Z3+ Di Luar Jepun - pakdin.my

xperia-z3-copper-front-side-1-600x600Sony mengumumkan Xperia Z4 untuk Jepun kira-kira sebulan yang lalu, dan akan memasarkan telefon itu ke seluruh dunia. Nama bagi model tersebut akan ditukar kepada Xperia Z3 + atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Walaubagaimanapun spesifikasi adalah sama seperti yang dipasarkan di Jepun.

Nama baru seolah-olah mencerminkan hakikat bahawa baru Xperia Z3+ kelihatan amat sinonim dengan keluaran terdahulu, Xperia Z3. Ia mengekalkan skrin yang sama, 5.2-inci, 1080p, IPS dan 20.7MP kamera belakang; kamera hadapan dipertingkatkan dari 2MP pada Xperia Z3 kepada 5MP. Perubahan lain adalah penempatan semula pin pengecasan ke bahagian bawah telefon tanpa pin mengecas magnet.

Secara dalaman, Xperia Z3 + merupakan telefon dengan spesifikasi terkini. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 810 dengan 3GB RAM, lebih daripada mampu menyaingi persaingan daripada Samsung dan HTC.

Malangnya, kemampuan bateri telah dikurangkan kepada 2900mAh; walaupun Sony mendakwa bahawa ia mampu bertahan selama dua hari.

Malangnya, Xperia Z3 + kelihatan sama dengan Xperia Z3; masalah yang sama seperti HTC mendapat kritikan berkaitan reka bentuk HTC One M9. Kemungkinan pengguna akan kurang berminat kerana mereka mengharapkan kelainan dalam pilihan reka bentuk.

Sony Xperia Z3 + akan bermula akan dijual di peringkat antarabangsa pada pertengahan tahun 2015. Harga pasaran bagi Sony Xperia 3+ yang masih belum diumumkan.

UTAMASony Xperia Z4 Di Pasarkan Dengan Nama Xperia Z3+ Di Luar Jepun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium