TH Plantations jual dua syarikat RM170 juta - pakdin.my

Ladang ini dibeli dalam 2 pakej pada 2012 dan 2013 dari syarikat bukan Bumiputera dengan harga RM245j – selaras dengan matlamat asal TH iaitu memperkasakan ekonomi umat Islam.

Tetapi semua telah dijual balik kepada syarikat milik bukan Bumiputera dengan harga RM170j hari ini atau RM10,500 bagi 1 ekar.

………
TH Plantations jual dua syarikat RM170 juta

TH Plantations Bhd (THP) melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada harga RM170 juta.

Syarikat itu memiliki 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak, kata THP dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BSV terbabit dalam penanaman kelapa sawit dan penjualan buah tandan segar (BTS), manakala MW pada dasarnya terbabit dalam penyewaan hartanah pelaburan.

Pertimbangan harga urus niaga itu mewakili kira-kira RM13.9 juta atau 7.6 peratus diskaun dalam nilai pasaran hartanah, mengikut penilai berdaftar bebas.

Kos asal pelaburan di dalam BSV dan MW, masing-masing sebanyak RM221.70 juta dan RM 42.49 juta, kata THP.

“Penjualan syarikat itu adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi THP bagi memulihkan prestasi kewangannya melalui pelupusan aset untuk mengurangkan pinjaman dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Penjualan juga didorong oleh kemerosotan prestasi mereka dalam pengeluaran BTS,” katanya.

Selepas penyempurnaan penjualan, THP dijangka akan meningkatkan nisbah penggearan daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali dan mengurangkan perbelanjaan margin keuntungan sebanyak lebih kurang RM9.41 juta setahun.

Berikutan penjualan itu, simpanan tanah milik Kumpulan THP mencecah sebanyak 94,462.08 hektar, terdiri daripada ladang kelapa sawit dan getah. – BERNAMA

UTAMAEKONOMITH Plantations jual dua syarikat RM170 juta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium