Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri berbeza.
Timbalan Presiden PKR itu berkata mesyuarat majlis tertinggi PKR dua minggu lepas telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti di Pulau Pinang sebab senario politik berbeza.
“Kita telahpun meluluskan resolusi untuk terus bekerjasama dengan PAS, Parti Sosialis Malaysia dan semua parti pembangkang di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini Khamis.
Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi yang meminta kerajaan negeri Selangor membentuk Pakatan Harapan dengan segera di negeri itu.
Phahrolrazi dilapor berkata penubuhan Pakatan Harapan, membabitkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP di Selangor, merupakan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14.
Menurutnya, penubuhan Pakatan Harapan itu tidak akan menggugat kedudukan kerajaan negeri Selangor kerana majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PKR dan DAP.
Tidak Perlu Pakatan Harapan Di Selangor Sebab Senario Politik Berbeza – Mohamed Azmin – pakdin.my 2015-10-24… https://t.co/xWRCdnFrTN
Tidak Perlu Pakatan Harapan Di Selangor Sebab Senario Politik Berbeza – Mohamed Azmin https://t.co/RwEo14obG1 https://t.co/qUs0Zl7x5e
Tidak Perlu Pakatan Harapan Di Selangor Sebab Senario Politik Berbeza – Mohamed Azmin https://t.co/qQJM5Wonmg
Tidak Perlu Pakatan Harapan Di Selangor Sebab Senario Politik Berbeza – Mohamed Azmin: Menteri Besar Mohamed A… https://t.co/Vmb4ZYH5oF
Tidak Perlu Pakatan Harapan Di Selangor Sebab Senario Politik Berbeza – Mohamed Azmin: Menteri Besar Mohamed A… https://t.co/CZVsFcW1fl
Azmi Haron liked this on Facebook.
Apa makna pakatan?
Minta MB cari makna pakatan dlm kamus DBP..