27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2020

Umno Kalabakan Tetapkan 30 Nov Pemilihan Semula 14 Jawatan AJK Wanita #PemilihanUMNO

pemilihan-umno

Umno Bahagian Kalabakan menetapkan 30 Nov ini bagi mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan semula 14 anggota Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu yang meletak jawatan selepas menang dalam pemilihan Sabtu lepas.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian itu di sini hari ini.

“Apabila mereka meletak jawatan, mengikut Fasal 12.11, Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Umno Bahagian Kalabakan mengambil alih semua pentadbiran Wanita Kalabakan dan akan menetapkan satu tarikh mengadakan mesyuarat agung khas semula untuk memilih 14 kekosongan.

“Umno Bahagian Kalabakan menetapkan pertandingan (pemilihan semula) cuma (bagi jawatan) 14 AJK (yang kosong) sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Dua hari lepas, Suriyani Lamai yang mengetuai 14 AJK itu mengisytiharkan mereka meletak jawatan sebagai protes terhadap proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.

Selain Suriyani, 13 lagi AJK berkenaan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

Abdul Ghapur berkata mesyuarat turut menerima cadangan supaya 14 AJK yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding semula kerana ada kemungkinan mereka akan meletak jawatan sekali lagi sekiranya keputusan pemilihan baharu masih seperti pemilihan pada 12 Okt lalu.

Mengenai status 14 AJK berkenaan, beliau berkata sehingga ke hari ini Umno bahagian belum menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka.

Bagaimanapun Abdul Ghapur berkata terpulang kepada 14 AJK berkenaan sama ada untuk menghantar surat rasmi atau tidak namun mereka sepatutnya berbuat demikian berdasarkan peraturan parti.

Katanya beliau akan menemui Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 19 Okt ini bagi memaklumkan mengenai perkara yang berlaku dalam pemilihan Wanita Umno Bahagian Kalabakan Sabtu lepas.

Mengulas dakwaan bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Kalabakan Datuk Hamisa Samat kononnya pemilihan Wanita bahagian itu tidak telus, Abdul Ghapur berkata urusetia mesyuarat perwakilan dan pemilihan itu dikendalikan sepenuhnya oleh AJK lama Wanita bahagian itu yang diketuai Hamisa sendiri.

Dalam pemilihan itu, Hamisa yang merupakan penyandang Ketua Wanita kalah kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi.






Berita Berkaitan

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan