26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Untung selepas cukai Petronas melonjak 91 peratus

Selepas dua tahun yang mencabar untuk sektor minyak dan gas pada 2015 dan 2016, 2017 menjadi tahun yang lebih melegakan buat Petronas.

Gergasi minyak nasional itu menyaksikan keuntungan selepas cukai melonjak 91 peratus bagi 2017 kepada RM45.5 bilion, dengan pendapatan turut meningkat 15 peratus kepada RM223.6 bilion bagi tempoh yang sama.

Petronas berkata, lonjakan keuntungan selepas cukai disokong oleh peningkatan pendapatan, susut nilai lebih rendah terhadap aset dan telaga minyaknya serta inisiatif penjimatan kos sepanjang tahun lalu.

Manakala kenaikan harga produk dan penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika membantu menolak naik pendapatan syarikat itu pada 2017.

“Kami terus mengurangkan kos pada 2017, dengan perbelanjaan modal boleh dikawal turun RM3 bilion berbanding 2016,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sewaktu mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu untuk suku keempat 2017.

Petronas turut menyaksikan EBITDA meningkat dari RM70.7 bilion kepada RM92 billion dan aliran tunai bebasnya meningkat 41 peratus kepada RM75.7 bilion.

“Pemulihan harga minyak global memainkan peranan amat penting dalam membolehkan kami mencapai prestasi kukuh pada 2017 berbanding 2016,” tambah Wan Zulkiflee.

Petronas membayar dividen RM16 bilion kepada kerajaan pada 2017, berbanding RM13 bilion pada tahun sebelumnya.

Syarikat itu menyasarkan bayaran dividen RM19 bilion bagi 2018.

Berita Berkaitan

Eksport getah asli negara meningkat

Eksport getah asli Malaysia meningkat 17.6 peratus pada Julai 2020 kepada 45,386 tan berbanding...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun...

FGV Catat Keuntungan RM20.55 Juta Suku Kedua Tahun Ini

FGV Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM20.55 juta pada suku kedua berakhir 30...

Prospek positif ekonomi pacu kenaikan ringgit

Prospek positif ekonomi Malaysia disokong langkah holistik kerajaan membendung penularan COVID-19 mencetuskan peningkatan nilai...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan