Kerajaan negeri Melaka memutuskan mengharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik dan vape di negeri ini yang akan berkuatkuasa dalam masa terdekat.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
“Isu ini akan dibincangkan secara lebih lanjut selepas mendengar laporan penuh daripada portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar di bawah Datuk Ismail Othman dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang akan diadakan pada Rabu ini.
“Kerajaan negeri perlu mendapatkan maklumat berapa ramai peniaga vape di negeri ini dan perbincangan bersama mereka juga perlu diadakan sebelum tarikh penguatkuasaannya diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Udang sempena permulaan sesi persekolahan 2016 di sini, hari ini.
Turut hadir Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan Melaka Abu Bakar Sahari.
Mengulas lanjut, Idris berkata kerajaan negeri akan membantu pengusaha atau peniaga vape di negeri ini terutama mereka yang telah mendapat lesen penjualan vape daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
“Kita akan melihat bidang perniagaan lain yang boleh peniaga atau penjual vape sedia ada ini ceburi selepas pengharaman penjualan vape di negeri ini,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan MBMB telah mengeluarkan lebih 20 lesen perniagaan kepada peniaga yang menjual rokok elektronik dan vape.
Sementara itu Mufti Melaka Datuk Dr Mohd Mohadis Yasin berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka yang bersidang pada 10 Dis lepas telah memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.
Video: Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape – Idris Haron https://t.co/5Clap5NsRc
Video: Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape – Idris Haron: Kerajaan negeri Melaka memutuskan menghara… https://t.co/iSD3nLf1Jh
Sbb vape tkde cukai tu aje…
Video: Melaka haramkan penjualan dan penggunaan vape – Idris Haron https://t.co/NNeoFIDowb
X senonoh btul klu kaum hawa hisap vape….
Lee Spexs liked this on Facebook.
Shahrul Ezan Rahmat liked this on Facebook.
Pangeran Muda Ayoi Xii liked this on Facebook.
Ahmad Arifin liked this on Facebook.
Baik sgt diharamkan yg buat untung tokenya ,yg jadi mangsa dan terpengaruh melayu macai
Sokong 100%…vape ke rokok ke d haramkn..xde faedah pun
Yushaimi Yusof liked this on Facebook.
Sariful Akmal Hj Mokhtar liked this on Facebook.
Napa lah di tutup muka penyedut vape tu .. nak pasti juga .. jangan2 anak atau anak saudara atau isteri saya ke???
Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa “keputusan itu diambil selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram” sebenarnya tidak boleh diterima. Kerajaan negeri tiada asas dari segi undang-undang untuk menguatkuasakan Fatwa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Saya ajak pegawai-pegawai kerajaan di peringkat negeri untuk merujuk kepada portal e-Fatwa. Kepada persoalan “Apakah status keputusan Fatwa Kebangsaan”, jawapannya ialah : “Dari sudut pentadbiran undang-undang, hukum/fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang. Ia bersifat pandangan hukum/fatwa dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan seluruh umat Islam. Walau bagaimanapun, dari sudut syarak, ia sudah menjadi hukum/fatwa yang perlu dipatuhi, cuma dari sudut teknikal undang-undang ia tidak mengikat (binding) selagi tidak diwartakan oleh pihak berkuasa negeri kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa perkara Agama terletak di bawah bidang kuasa negeri. Semua keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Fatwa Negeri untuk difatwa dan diwartakan.”
Di sini kita perlu bertanya kepada Ketua Menteri Melaka kalau sekiranya alasannya diharamkan penjualan dan penggunaan rokok elektronik di negeri Melaka ialah selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan (yang sebenarnya tidak boleh pakai), macam mana dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan rokok pada tahun 1995, yang sehingga kini selepas 20 tahun masih belum diharamkan penjualan dan penggunaan rokok tembakau? Menurut statistik Kementerian Kesihatan seramai 20,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit disebabkan oleh merokok tembakau. Dalam tempoh 20 tahun 400,000 kematian!
Rokok tembakau yang paling merbahaya dijual dengan sekatan minima, tetapi rokok elektronik yang jauh lebih selamat diharamkan! Keputusan yang langsung tidak menampakkan ketelusan atau keprihatinan kerajaan negeri terhadap kesihatan rakyatnya.
…… macam budak menghisap botol susu vapers ni…….
Mohd Arzrin Mad Aris liked this on Facebook.
Riezal Brutal liked this on Facebook.
Rahim Jalil liked this on Facebook.
Bakhtiar Alias liked this on Facebook.
Kerambit Logan liked this on Facebook.
Ahfizan Mohamed Khalil liked this on Facebook.
Kay Maria liked this on Facebook.
Saizan Che Seman liked this on Facebook.
Mohd Sharizal Mohd Sidek liked this on Facebook.
Gir Rizalo liked this on Facebook.
Nur Muhammad Faris liked this on Facebook.
Mohd Akhir Tumin liked this on Facebook.
Azmi Haron liked this on Facebook.
Skshas Dzun liked this on Facebook.
Suraya Mohd Zain liked this on Facebook.
Man Rosli liked this on Facebook.
Maizan Yahya liked this on Facebook.
Norfarizan Mohd Zubir liked this on Facebook.
Muhammad Taufiq Topek liked this on Facebook.
Rokok tidak haram ….vape yg haram sbb penyebab kekurangan cukai rokok..itu je,,,..
macam butuh la dah naik muak aku. vape haram,rokok pun haram. tetapi rokok boleh pulak di jual. senang cerita kerajaan terus terang la yang vape pun kerajaan nak kan cukai jugak
Marzuki Borak liked this on Facebook.
Muhamad Yuszaimy liked this on Facebook.
Fatimah Uni liked this on Facebook.
Noraizab Jamal Iejam Arjuna liked this on Facebook.
John Carter liked this on Facebook.
Mesteri Syab liked this on Facebook.
Rahimah Mat Isa liked this on Facebook.
Izof Sira liked this on Facebook.
Safrimeen Chot liked this on Facebook.
Masri Markom liked this on Facebook.