26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

[Video] #NothingToHide2: Tun Mahathir Hina Nabi Isa Tanda Kemenangan Ahli Sunnah


https://youtu.be/-6wdKJRvSRJ0

Transkrip hinaan terhadap Nabi Isa alaihissalam

“Berkenaan dengan Felda, ini adalah satu ladang terbesar di dunia. Mempunyai hampir dua juta ekar ladang, sudah tentu dua juta ekar ini mempunyai nilai yang tinggi jika dijual dengan nilai tanah sahaja sekalipun.
Ianya memberi pulangan kepada peneroka-peneroka yang telah diberi peluang untuk memiliki tanah ini. Maka datanglah seorang yang bernama Isa Alaihis Salam, eh… Isa Samad,”
Sambil diiringi oleh gelak tawa para manusia jahil.
Semua dari kita tahu bahawa perbuatan menghina Nabi-Nabi boleh mengakibatkan diri menjadi kufur. Pelakunya akan dilaknat Allah dan mereka akan diseksa dengan seksaan yang hina. Allah berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya. Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya seksa yang menghinakan.” [QS. al-Ahzab: 57]
Dahulu ketika perang, jika sahabat mendengar Nabi sallallahu alaihi wa sallam dihina, mereka akan merasa sedikit gembira kerana selepas penghinaan tersebut Allah akan menghancurkan musuh dan memberikan kaum muslimin kemenangan. Sebagaimana yang diceritakan Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah:
وقد كان المسلمون إذا حاصروا أهل حصن واستعصى عليهم ، ثم سمعوهم يقعون في النبي صلى اللّه عليه وسلَّم ويسبونه ، يستبشرون بقرب الفتح ، ثم ما هو إلا وقت يسير ، ويأتي الله تعالى بالفتح من عنده انتقاماً لرسوله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
“Dahulu ada sekelompok kaum muslimin yang mengepung benteng musuh (orang kafir) dan berusaha menyerang mereka. Sampai mereka mendengar ada sebahagian musuh yang mencela kehormatan Nabi sallallahu alaihi wa sallam dan menghina beliau.
Seketika itu, kaum muslimin langsung bergembira dengan dekatnya kemenangan yang akan segera datang. Kemudian hanya dalam waktu yang singkat, Allah memberikan kemenangan, kerana murka-Nya untuk membela utusan-Nya sallallahu alaihi wa sallam.” [ash-Sharim al-Maslul, hlm. 116]
Jika ada yang berdalih kisah ini hanya khusus untuk mereka yang menghina Nabi Muhammad, kita katakan kalian silap.
Bukan sahaja Nabi Muhammad, hukuman yang sama juga bagi mereka yang menghina Nabi-Nabi terdahulu sebagaimana firman Allah,
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
“Sungguh beberapa rasul sebelum kamu telah diperolok-olok, maka turunlah kepada orang-orang yang mencemuhkan di antara mereka balasan (azab) kerana penghinaan mereka.” [QS. al-An’am: 10]
Jadi janganlah bersedih wahai ahli sunnah. Kemenangan kita semakin hampir. Kembalilah kepada Allah, mohon ampun kepadaNya. Jangan pula kita termasuk dalam kelompok yang Allah akan hancurkan nanti.

Abu Aqif Al Iman

Berita Berkaitan

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

700 Bekas Ahli Parti PAN Sertai UMNO

LABUAN – Seramai 700 bekas ahli Parti Amanah Negara (PAN) Labuan menyertai UMNO Labuan...

Rakyat Dah Tak Percaya Mahathir, Populariti Merudum Teruk – Husam Musa

Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, populariti Tun Dr...

Husam: PAN parti diktator, lebih senang merujuk kepada DAP

Antara bekas pemimpin PAS yang ghairah dengan idea penubuhan PAN bagi kononnya menggantikan peranan...

PAS Sebagai ‘King Maker’ Jadi Kenyataan – Presiden PAS

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa rancangan membawa pendekatan...

MCA sebahagian daripada BN, tegas Wee

MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presidennya Datuk Seri Dr Wee...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan