[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini?

Terbaharu, saluran YouTube ‘Other Side of the Truth’ yang memiliki lebih 76,000 pengikut tampil dengan video baharu yang merungkai kesilapan-kesilapan dilakukan agensi berita tersebut dalam memberikan laporan mengenai cara Malaysia menangani Covid-19 khususnya melibatkan warga asing.

Dikongsi pada Selasa, video berjudul “Top 15 Mistakes in Locked up in Malaysia’s Lockdown video by Al Jazeera” itu sehingga kini sudah meraih lebih 200,000 tontonan.

Menurut YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Dr Dustin Pfundheller, Al Jazeera memaparkan gambaran yang tidak tepat mengenai negara Malaysia dan memberi saranan agar mereka turut memandang bagaimana negara-negara lain melayan warga asing yang disifatkan jauh lebih teruk.

“Al Jazeera membuat laporan yang tidak seimbang terhadap Malaysia. Saya kecewa lihat banyak kesilapan dalam video oleh syarikat yang besar.

“Banyak benda memberi kesan kepada Malaysia sehingga berjaya menangani Covid-19, namun digambarkan salah oleh Al Jazeera.

“Maklumkan pada saya jika ada terlepas pandang. Adakah anda bersetuju dengan 15 senarai oleh saya? Satu perkara bagus mengenai video Al Jazeera, ia mengajak kita berbincang dengan baik,” ujarnya di ruangan deskripsi YouTube.

Berikut merupakan 15 kesalahan yang disenaraikan oleh YouTuber tersebut:

15) Membuat rakaman dan mengambil gambar di kawasan keselamatan termasuklah anggota polis dan tentera.

14) Mahu masuk ke kawasan yang terdedah dengan jangkitan Covid-19.

13) Menutup ruangan komen bagi dokumentari itu di YouTube mereka.

12) Membuat aduan kononnya menteri tidak memberikan respons untuk ditembual.

11) Memberi gambaran tidak tepat mengenai perkauman di Malaysia.

10) Tidak membuat liputan mengenai negara-negara lain yang lebih bersifat perkauman terhadap warga asing.

9) Berlakon seolah-olah pekerja asing tanpa izin merupakan mangsa.

8) Mendakwa rakyat Malaysia enggan melakukan pekerjaan yang dibuat oleh warga asing.

7) Tidak pernah mengakui hakikat warga asing tanpa izin membawa risiko jangkitan Covid-19 yang tinggi terhadap Malaysia.

6) Memaparkan kononnya pekerja asing digari dan dibiarkan di bawah terik mentari.

5) Lupa bahawa rakyat Malaysia turut berhadapan saat getir berhadapan Covid-19.

4) Memaparkan laporan tidak jujur seperti kanak-kanak digari dan sebagainya.

3) Mencampur-adukkan pekerja asing yang datang secara sah dan pekerja asing tanpa izin.

2) Tidak faham sepenuhnya bagaimana untuk memerangi Covid-19.

1) Tidak pernah berkata perkara baik mengenai Malaysia.

Menerusi tinjaun mStar, video tersebut turut dihujani pelbagai komen termasuklah daripada rakyat tempatan.

Rata-ratanya memberikan ucapan terima kasih atas pencerahan yang dibuat sekaligus menjelaskan kekeliruan yang timbul sebelum ini.

Baru-baru ini, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, laporan yang dikeluarkan agensi berita tersebut adalah tidak tepat dan siasatan lanjut sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berita berkaitan

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

[Video] Penyamun bersenjata parang samun lapan sekeluarga

Siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

[Video] Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri

HULU SELANGOR - Seramai tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri...

[Video] Kenapa DAP Dan Kaum Cina Rasa Gerun?

DAP, MCA dan Gerakan tidak ada bezanya. Di luar saja nampak lain, tetapi di dalam semua sama — ketiga-tiga parti ini memperjuangkan kepentingan Cina....

[Video] Fenomena #MaluApaBossKu dah melarat ke sekolah

Ada kawan hantar video ni. Persembahan semasa Hari Guru. Rancak beb! 👏🏼👏🏼👏🏼

[Video] Polis trafik cuba menahan kereta membawa dadah disyaki syabu

Seorang lelaki memandu secara merbahaya ketika memecut kereta yang membawa dadah, dalam cubaan meloloskan diri daripada polis dekat Jalan Genting Klang di sini. Dalam kejadian...

[Video] Kisah sebenar pembinaan KLCC

Kantoi!!! kisah sebenar pembinaan KLCC akhirnya terbongkar... Saksikan video penuh oleh Roslan Latif (Pak Lan) ini dan anda nilai sendiri... https://youtu.be/XvtbuDVtHoM #MaluApaBossku Rujukan: KLCC tugu peringatan Madey sapu duit...

[Video] 2 ADUN dari UPKO keluar parti menyokong PN – Warisan bakal tumbang

Kerajaan Warisan Sabah bakal tumbang? Di percayai 32 ADUN Sabah bersama PN dan 32 Surat Akuan Bersumpah (SD) telah bersedia untuk di serahkan kepada...

[Video] Guru di samun oleh penyamun bersenjata api di Lebuh raya Pasir Mas Salor

Mangsa, Cikgu Noraida yang mengajar Di SK Pendidikan Khas Lati telah diekori oleh penyamun yang dipercayai memiliki senjata api.
... ..

Terkini

Germany says Russian Covid-19 vaccine has not been sufficiently tested

BERLIN German Health Minister Jens Spahn on Wednesday said Russia's Covid-19 vaccine had not been sufficiently tested, adding the aim was to have a...

Hate Speech (and a bit of a Rant)

Nampaknya Fesbuk mendapati post saya mengenai cara orang Cina boleh menunjukkan bagaimana mereka terlalu angkuh dan sombong sebagai 'hate speech'. Dan mesej ini dari seorang...

Siasat Tun M, LGE dan Tommy

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa siasatan terhadap salah guna kuasa rentetan daripada pendedahan YB Dato’ Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal...

Rasuah punca premis haram dilindungi di Sg Buloh – SPRM

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan...

Lelaki didakwa bunuh pensyarah UIAM

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas tuduhan membunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam, yang juga isterinya, di satu lokasi berdekatan...

Perbelanjaan naik taraf Stadium Shah Alam libatkan kos RM250 juta – MB Selangor

Kerajaan negeri Selangor masih meneliti kerosakan yang berlaku di Stadium Shah Alam sebelum mengeluarkan perbelanjaan yang sepatutnya untuk proses menaik taraf venue berkenaan. Menteri Besar...

Dr Mahathir, Tommy Thomas dan Guan Eng tipu rakyat

KUALA LUMPUR : Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini mendedahkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pernah berhasrat untuk menyelesaikan...

Warisan sedia kerjasama dengan parti baru Tun Mahathir

TAWAU — Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Presidennya Datuk Seri Mohd...

Australian man charged with bribing Malaysian official to secure sale of MARA’s Dudley House

Australian federal police have charged one of its citizens for allegedly bribing a Malaysian government official to secure the sale of a multi million-dollar...

Kluster Sivagangga: Enam sekeluarga di Kulim dibawa ke hospital

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim yang dipercayai positif COVID-19 diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) kira-kira jam 6 petang tadi. Kesemua mereka dipercayai...

Popular

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Gading gajah di rumah Tun M jadi perhatian

Tun Dr Mahathir pada Ahad lalu memuat naik foto sedang menonton siaran langsung persidangan Parlimen Digital di Facebook melalui komputer riba. Namun menjadi tanda tanya...

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Terowong Dasar Laut: Lim Guan Eng bakal didakwa?

Kertas siasatan projek pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion kini berada di fasa akhir siasatan dan dijangka akan diserahkan kepada Pejabat...