30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Zahid Bimbang Tauke Judi Biaya Parti Politik

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bimbang dengan “tauke judi” membiayai parti politik di negara ini.

Beliau khuatir ada sindiket menggunakan hasil kegiatan mereka untuk membiayai parti politik, khasnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Zahid bagaimanapun tidak memberi butiran atau menyatakan parti mana terlibat, tetapi mengarahkan polis mengambil tindakan keras terhadap kegiatan sedemikian.

“Ini bukan tuduhan, cuma dikhuatiri (berlaku pembiayaan parti politik).

“Mulai hari ini, saya arahkan ketua polis negeri (banteras judi). Saya tidak mahu lagi ada laporan ‘kingpin’ terdiri daripada tauke besar di Pulau Pinang,” katanya ketika berucap pada Program Penerapan Nilai Murni Ramadan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Masjid Daerah Barat Daya hari ini.

Menteri dalam negeri itu amat bimbang dengan peningkatan kegiatan perjudian haram di Pulau Pinang dan menyifatkan perjudian sebagai masalah “paling teruk” di negeri terbabit.

“Saya nak minta Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye memberi tumpuan terhadap perkara ini.

“Saya mahu lihat premis permainan dan perjudian dihapuskan sama sekali.”

Beliau mahu usaha membanteras kegiatan jenayah, khasnya perjudian dijadikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) polis kontinjen Pulau Pinang.

“Jangan khuatir, jangan takut. Kami di Bukit Aman, KDN akan berada di belakang polis (Pulau Pinang) untuk beri sokongan kuat (hapuskan judi).”

Beliau turut bimbang dengan komuniti Cina yang menjadi mangsa perjudian.

“Saya bersimpati dengan mereka yang menjadi mangsa judi,” katanya sambil berkata tidak adil “membezakan” jenayah berdasarkan kaum kerana jenayah biasanya berkaitan status sosial, bukannya perkauman.

Beliau memberi contoh orang Melayu terlibat dalam kes dadah, kaum Cina dalam perjudian dan India dalam isu berkaitan geng.

“Saya berikrar mahu membasmi jenayah tanpa mengira kaum. Adalah baik saya mempunyai kerjasama terbaik daripada ketua polis negara dan Bukit Aman,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan